Salam Jumaat, para pembaca setiaku di Indonesia!
Nampaknya Agnez Mo telah pun mengeluarkan video muzik terbarunya bertajuk “Damn I Love You” beberapa jam yang lalu. Dan kini, saya akan memberi pendapat saya yang tak seberapa mengenai video tersebut.
Ia bermula dengan adegan di mana Agnez sedang bermesra dan hampir bersetubuh dengan pacarnya di dalam bilik. Agnez bakal mendapat birthday sex 😉
Namun tidak kesampaian kerana rakan-rakan mereka menyerbu bilik mereka dan memekik “WADUH KOK KAMU BERDUA INGIN ZINA?”
Adegan ini dan seterusnya juga mengingatkan saya tentang video muzik Katy Perry ‘Teenage Dream’.
Agnez mengambil idea daripada video-video K-pop yang sedia ada.
Setelah itu, dia pun menceroboh sebuah kedai yang dahulunya pernah dikunjungi Beyoncé dan Lady Gaga di mana mereka berdua membunuh semua orang di kedai tersebut.
Setelah itu, mereka pun mengadakan sesi perlawanan menari atau dance battle di luar kedai. Sama seperti apa Lady Gaga dan Beyoncé telah lakukan. Saya amat suka dengan baju yang dia pakai tapi seluar geloboh tu..? #choices
MOTIF?????????????????????????
Tadi kat padang pasir abeh now kat pantai????? Apa je. Dah la bunny ears sebesar Indonesia.
Setelah itu, dia ke funfair untuk memain permainan.
Boooo Beyonceé did that already.
Secara terus terang, saya suka lagu ni tapi tak suka videonya kerana ia kelihatan seperti ia telah dilakukan dan tiada yang baharu. Sepasang kekasih yang muda amat gembira, menceroboh sebuah kedai untuk keseronokan sendiri dan akhirnya pergi ke funfair. Meh.
Saya harap sangat-sangat single seterusnya adalah…
PLEASE BEAUTIFUL MISTAKE PLS saya dah ketagih dengan lagu ni!!!
– Pengkritik Sandiwara
[…] Indonesia popular, Agnes Monica atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo kini, telah lancarkan patung lilin ttersendiri di Madame Tussauds […]
LikeLike