Salam sore, para pembaca setiaku yang berada di INDONESIA.
Minggu hadapan, DIVA Nusantara – ROSSA bakal membuat persembahan di Esplanade!
Tentu sekali, ini sebuah konsert yang tidak harus anda lepaskan! Rossa yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 21 tahun semenjak umurnya 10 tahun kembali ke Singapura untuk membuat persembahan solonya di Esplanade! Is it really solo? Or Afgan tetiba muncul?
Tiket- tiket konsert yang bakal berlangsung pada 4 November ini masih boleh didapati di Sistic, apa tunggu lagi?
Secara peribadi, saya ingin ke konsert ini tetapi saya ada beberapa cabaran. Pertama, isu kewangan. Walaupun saya sudah mendaftarkan diri di salah sebuah lelaman “SugarSyurgaBaby”, saya masih belum mendapat sesiapa.
Kedua, saya harus berehat kerana saya mempunyai persembahan keesokan harinya di lokasi yang sama! Kalau sudi, jom ramai-ramai turun padang!
Jumpa anda di Esplanade! (chey step sak)
– Pengkritik Sandiwara