Syurga Ibu: Episod 5

Salam sejatera, para pembaca setiaku!

Akhirnya, “rahsia” yang disembunyikan daripada penonton semakin hari semakin dibongkar secara perlahan-lahan. Kononnya penonton Suria, terutama sekali para pembacaku, tidak tahu tentang “plot twist” rancangan drama of the year ini!

Episod ini bermula di adegan di mana Seri di rumah Hilda dan Syarif untuk mengemis agar Hilda tidak menjual rumah pusaka atau mengenakan bayaran sewa terhadap Hilmi (or something liddat). Ini kerana mereka sedang berdepan dengan masalah kewangan dan juga bayi dalam perjalanan. Menyampah aku tengok muka mintak simpati dia. Padahal, dia boleh dengan secara ikhlas meminta pertolongan dan tidak kelihatan sombong but she sux.

Di kerja pula, walau sarat mengandung, Seri tetap ingin kerja keras dan mengambil projek-projek antarabangsa. Pada lunchtime, dia ternampak komputer riba nemesisnya terbuka. Dia pun memadamkan slaid-slaid Titik Kuasa (Power Point) di komputer riba tersebut. Apabila masa untuk membuat penyampaian, nemesisnya terkejut beruk dan terpekik-pekau. Saya akan salahkan diri dia kerana tidak menyimpan slaid di pemacu kilat (thumb drive) atau di Google Drive.

Pada masa yang sama, Neraqa mengajak Syurga ke sesi ceramah “Belajar Dari Kesilapan”. Ini kerana ia dikendalikan oleh kaunselor Perv dan mungkin jika mereka ke sesi ceramah, mereka akan diberi diskaun untuk tidak hadir ke kaunseling. Peliknya, ada orang Cina yang hadir ceramah dalam Bahasa Melayu. Selain itu, pelakon yang memainkan watak Perv juga agak kaku dan kurang fasih berbual Melayu. Saya tidak tahu mengapa Suria ada fetish terhadap pelakon-pelakon Melayu/kacukan yang tidak boleh berbual Melayu dengan lancar. Apa motif?

Tambahan pula, si Perv baru dapat tahu bahawa ibu Syurga telah meninggal dunia. Dia pun berbual pasal #flashback kesilapannya yang telah dia lakukan. Which is probably bersetubuh dengan Hilda dan mencipta Syurga????? Tapi, bolehkah seorang kaunselor berbual pasal masalah mereka kepada klien mereka???

Tiba-tiba, ada flashback di mana Hilda baru menerima surat kemasukan ke Riverland JC HAHAH tapi dia sedang menangis sebab dia bunting lol. Hilmi sepak dia setelah mendapat tahu dia bunting.

Oleh kerana ini, Hilmi pun menyepak Syurga apabila Syurga balik lambat (sebab dia pergi clubbing dengan Neraqa sebab birthday neraqa). Syurga dihantar pulang oleh Mat Kental (Sufie Rashid) dan Hilmi hampir-hampir bergusti dengan Mat Kental. Hilmi seolah-olah disampuk oleh masa silam di mana dia sepak Hilda kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

On the other side, Syarif ingin berBDSM bersama Hilda tetapi Hilda terus rejek kerana ia “salah”. WRONG. BDSM tak salah kalau dua-dua pihak setuju dan jika tidak memudaratkan siapa-siapa. Syarif pun bodo sak, secara perlahan-lahan intro la kan????

Di akhir episod, Seri di dalam bilik arwah ibu mertuanya kononnya nak ubah suai. Tapi, dia bongkar almari sampai ternampak sepucuk surat. Surat beranak Syurga la kan yang mengatakan bahawa Syurga bukan anak Rahimah. Anak Hilda! Takkan dia tak tau sak????????? LOL it took 5 episodes for Suria to reveal but we all knowz it!

Tahukah anda bahawa drama ini dicalonkan dalam Pesta Perdana 2018/9 dalam kategori efek suara TERAGUNG?

Merepek gila babi sak!!!!!!!!!

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s