Reviu: Sanctuary

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Beberapa jam lalu, saya baru sahaja selesai menonton pementasan SANCTUARY oleh The Necessary Stage dan HANCHU-YUEI.

Saya berpendapat bahawa ia merupakan pementasan yang paling menarik telah saya tonton kerana unsur-unsur futuristik, teknologi, alam maya serta kepelbagaian bahasa yang diterapkan dalam persembahan ini. Bukan itu sahaja, ia juga menggabungkan 2 negara di satu pentas.

Sanctuary_034.jpg
Gambar oleh Tucky’s Photography
Sanctuary merupakan satu wadah di mana seseorang boleh mengabadikan kewujudan mereka menerusi memori mereka. Selain itu, individu boleh hidup melalui SHAEDO mereka. Ia seperti robot atau watak dalam permainan SIMS. Terdapat juga robot atau android yang tercipta dalam dunia Sanctuary ini. Namun, kehidupan android ini terhad kepada program yang telah disesuaikan untuk mereka.

Bagi saya, pementasan ini menyatukan aspek-aspek daripada Hunger Games, SIMS, Matrix, media sosial, tabiat manusia yang selalu bergantung kepada internet dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Saya tidak akan mengomel tentang plot cerita ini kerana saya sendiri masih cuba untuk memproses jalan ceritanya. Justeru itu, saya akan bincangkan isu-isu yang timbul dalam kisah ini.

Pertama, iklan yang disesuaikan untuk setiap individu. Kadangkala, saya hairan bagaimana Fesbuk tahu yang saya ingin bercuti di Vietnam. Rupa-rupanya, saya telah pun mendaftarkan akaun Airbnb saya menerusi FB. Gitulah, kan? Sendiri terkejut atas perbuatan sendiri. Apa yang ingin saya katakana adalah, kita secara tidak sengaja telah menyerahkan lebih banyak maklumat daripada apa yang kita harus beri. Ini mendedahkan kita kepada syarikat-syarikat di luar sana untuk menunjukkan iklan di Instagram atau YouTube yang sepadan dengan kehendak kita kerana mereka tahu apa yang kita inginkan. Seolah-olah mereka ni Nujum Pak Belalang yang mempunyai kuasa untuk meneka apa yang ada dalam benak fikiran kita. Saya juga rasa watak Fortune Teller dalam pementasan ini merupakan sebuah metafora bagi isu ini.

Tahukah anda bahawa anda boleh mengesat iklan-iklan???????? I just got to know about it. Jika anda menggunakan Google Chrome, pergi ke adblock!!!! #revelation

Kedua, watak-watak yang diperkenalkan untuk menaikkan jumlah penonton bagi video streaming. Ini merupakan lumrah yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan YouTube di mana para youtubers berkolaborasi dengan pengguna lain untuk melonjakkan jumlah penonton. Mereka juga mungkin akan berpura-pura untuk menjadi orang lain (being bisexual for example untuk menarik perhatian ramai). Atau memulakan perhubungan dengan YouTuber lain. Ini juga satu kebiasaan di industri hiburan di mana para selebriti date each other untuk merancakkan lagi sesebuah filem yang akan datang. Pendek kata, apa yang anda lihat di tv atau internet bukanlah realiti. Ia semata-mata satu rekaan walaupun ia mungkin sesebuah rancangan realiti.

Ketiga adalah kebebasan bersuara atau free speech. Adakah kebebasan pengguna fesbuk untuk memberi pendapat mereka mengenai sesuatu di bahagian komen PM Lee merupakan kebebasan bersuara? Padahal komen itu akan terbiar begitu sahaja, tidak dibaca oleh sesiapa. Seperti blog saya LOL. Kita boleh buat bising di alam maya tetapi kalau kita tidak melakukan apa-apa… So..??????

Akhir sekali adalah kuasa pemerintah. Adakah benar bahawa pemerintah ingin mengehadkan kebebasan kita dan memantau setiap pergerakan kita? Apakah yang boleh diraih daripada mencatat segala perbuatan kita?

Hati saya agak tergerak apabila menonton adegan terakhir di mana watak yang dimainkan Yazid Jali dengan bersungguh-sungguh bermonolog dalam Bahasa arab. Saya boleh rasakan passionnya yang amat mendalan tentang dunia yang porak peranda oleh kerana manusia selalu bergantung kepada internet. Saya rasa seperti berada di masjid mendengar ceramah semasa sembahyang jumaat. Impaknya terasa bagi diri saya. Kononnya dah di alam barzakh tengah tunggu time je.

Secara keseluruhan, saya suka dengan keunikan pementasan ini. Gabungan dua negara merupakan sesuatu yang segar buat saya. Saya juga suka dengan setnya yang ala kadar tetapi sungguh berguna. Sebagai contoh, katil double deck yang dijadikan skrin computer serta tempat lepak dan juga sliding door yang dipancarkan video-video. Menarik!

Sanctuary_310.jpg
Gambar oleh Tuckys Photography
Saya sarankan anda semua untuk menonton persembahan ini kerana ia sesuatu yang baharu, berbeza dan Bani Haykal. That’s right, aliterasi realness. Jikalau anda ingin mencabar intelektual anda hujung minggu ini, pergilah tonton. Pasti persembahan ini dapat berhubung dengan anda dan membuka minda anda terhadap teknologi dan alam maya kini dan mencetuskan perbincangan tentang teknologi pada masa hadapan yang akan terus berkembang dan menjadi lebih pintar. Dan apa pula akan terjadi kepada media sosual anda setelah mati? Akan terus kekal di internet atau dipadamkan? Atau anda ingin terus “hidup” di alam maya apabila hajat anda tamat?

Sanctuary_195.jpg
Gambar oleh Tuckys Photography
Tiket-tiket masih boleh didapati di SISTIC! Aku rasa korang ke Jepun la eh untuk menonton bila mereka pergi tour.

It’s so apt that this is during iPhone X release eh? Agak-agak awak, orang lain boleh unlock iphone anda apabila anda tidur? Kerana hanya sekadar muka anda yang diperlukan untuk unlock! Atau… Kembar anda?

Hmmm… Semakin seram wei! Tetapi saya rasa teknologi ni double edged sword ah. Tengok Rosmah tu, tak tau guna telefon bijak. Dia tak kisah orang ejek dia di media sosial pun! CURLASS.

So, it’s really up to us. Kita yang ada kuasa terhadap teknologi, bukan sebaliknya (or is it?).

Kepada mereka tidak ada tiket atau tak akan ke Jepun…

Jumpa anda esok! It’s free and I’m performing huhu.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s