Reviu: Agnez Mo’s X

Salam sejahtera, para pembaca setiaku di INDONESIA!

Saat-saat yang ditunggu-tunggu, Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo telah pun melancarkan album antarabangsanya yang telah saya nanti-nantikan lebih daripada 5 tahun!

Bertajuk X ataupun “10” dalam angka Roman, album ini secara rasmi dilancarkan pada 10 haribulan 10. Sungguh apt!

Dalam album ini, terdapat 10 buah lagu. Bermula dengan Million $ Lover atau Kekasih Sejuta Dolar. Bukan Sejuta Rupiah. Kerana kalau sejuta rupiah, setakat berapa ribu je kot jika ditukar kepada mata wang US$.

Dalam lagu Million $ Lover, apa yang boleh saya fahamkan adalah, dia inginkan seorang kekasih yang bukan kaya kerana sejuta dolar tidak pasti boleh beli apa yang dia ada. Dia inginkan kekasih yang selumayan sejuta dolar tetapi bukan untuk dibeli dengan sejuta dolar! Yes. We know our worth Agnez!

Lagu keduanya, Long As I Get Paid.

Saya telah pun menulis tentang muzik videonya di sini.

AKHIRNYA! Saya telah pun membeli album Inggerisnya! Baru la boleh pay dia. Kalau tak, pelik bila dengar lagu ni!

Ingat, jangan muat turun lagu-lagu secara haram! Dosa tau!

Lagu ketiga yang bertajuk Sorry. Adakah ia diilhamkan oleh Queen Bey?

GURL. This is THAT song you need setelah berpisah dengan kekasih anda! Yas. You know, that upbeat song bila kau down abeh kau perasan, eh oops I don’t need a man to make me feel good!

Next up, Level Up!

BITCH LAGU NI PUNYA START MACAM RUPAUL’S DRAG RACE S9 KARDASHIAN THE RUSICAL @ 3:52

Lagu ini sebenarnya dirinya memberitahu semua orang bahawa dia lebih berjaya dan lebih dari segala aspek. Dan kita yang “cemburu” harus LEVEL UP! YES, SIS PREACH! Saya setuju kerana masyarakat Melayu/Indonesia paling tak suka tengok orang lain berjaya. Kalau dah nampak je terus hantar barang la apa la. Kan lebih baik kita berusaha dan mencapai kejayaan? Agnez Mo throwing SHADE!

Wanna Be Loved adalah lagu keempat dalam album ini. Setelah mengatakan bahawa dia tidak mahu pulang ke pangkuan bekas kekasihnya dalam lagu Sorry, dia ingin dicintai lagi. Hmm…

Stress. So far my least favourite, saya juga tidak suka dengan arrangement of the music macam pelik uh to be included dalam album ini. This sounds like her 10 tahun yang dahulu. Ia juga lagu terpendek, hanya 3minit 4 saat.

Lagu seterusnya, Backroom atau bilik belakang???? Dimulakan dengan suaranya yang menaikkan nafsu anda. Ia mengingatkan saya tentang lagu Tak Ada Logika versi remiks.

Banyak persamaan, dia tarik suara dia konon seksi la nak naikkan nafsu gitu. Lagu ini juga tentang seks. Hais, di manakah Agnes Monica yang selalu fikirkan PAPA JESUS? Apa yang telah Amerika Syarikat lakukan kepadanya?

Nampaknya Agnez bukan penganut Kristian lagi kerana lagu seterusnya adalah Karma! Setahu saya, hanya mereka yang beragama Buddhism percaya akan hukum karma!

Lagu ini pasal dia menangkap pacar dia main kayu tiga ah. Klisye. Saya juga tidak begitu suka sebab it sounds basic? Like, lagu macam ni dah banyak kali orang lain buat.

DAMN I LOVE YOU macam dangdut pada mulanya hahahaa.

But DAMN, saya amat menyukai lagu ini kerana ia tentang dia tetiba jatuh cinta, tanpa menyangka bahawa dia akan dilamun cinta. So, amat sesuai bagi anda-anda yang sedang dalam fasa bulan madu kalau bercinta la. I also love how the tune agak dancy dan lepak!

Irama Beautiful Mistake membawa saya balik ke zaman gemilang rok 90an! Saya terus diingatkan kepada lagu Cold Hearted oleh Paula Abdul!

Sungguh catchy dan sempurna untuk dibuat mild head-banging! Dari tajuk sahaja, kita boleh teka bahawa lagu ini tentang dia terjatuh cinta kepada orang yang salah la kan sebab ada unsur bad boy or what.

Terakhir sekali, Get What You Give. TBH, part ni saya dah keliru tentang album dia sak. Kadang-kadang nak feel empowered sebab single la, tak perlu jantan, abeh terus gembira ada pacar, lepastu gumbira telah pisah abeh check-check tak kisah langsung?? Her vocals are great on this song but not my kind of jam.


Secara keseluruhan, saya suka dengan album ini dan it’s worth the wait! Walaupun saya amat keliru dengan tema album ini, saya rasa lagu-lagu yang tertera amat bermutu dan enak didengar! Saya yakin bahawa dengan album ini, Agnezmo mampu melebarkan sayapnya lagi dan mengembangkan fanbasenya bukan sahaja di Asia dan Amerika, malah Eropah! Semoga perjuangannya tidak akan terhenti di sini! Mudah-mudahan, Agnez Mo akan memperkenalkan budaya Indonesia kepada dunia!

Saya sebagai anak Nusantara amat bangga kerana seorang bakat dari rantau ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Saya harap ramai peminat-peminatnya dari zaman Pernikahan Dini akan menyokongnya dalam kerjayanya di peringkat dunia ini! Walaupun lagunya amat lucah, ayuh kita sokong dia la eh. Jangan nak macam-macam. Ingat, masuk kandang kambing mengembek, sis.

Ayuh, muat turun albumnya di iTunes atau dengar lagu-lagunya di Spotify!

Anugerah Rentas Planet bagi Anugerah Planet Muzik 2018 untuk Agnez Mo? Hmmm…

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s