Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Jika anda mengikuti saya di Twitter pasti anda sudah terbaca LIVE TWEETS saya mengenai drama ini, bukan? SPOILER ALERT: episod 3 tiada perkara baru yang menjelma. Saya agak hampa dengan episod ini!
Episod 2 berakhir dengan Rahimah mampus tapi itu semua merupakan mimpi ngeri kerana sempena Deepavali, Suria ingin menerapkan unsur-unsur reincarnation atau mati hidup semula. Salah satu tiang agama kepada mereka-mereka yang berpenganut Hindu.
Rahimah mimpi bahawa dia akan mati dan oleh itu, dia bergegas ke rumah Hilda untuk memberitahu Hilda bahawa dia HARUS berhenti merahsiakan perkara sebenar daripada suaminya, Syarif. Namun, Hilda melenting dan tidak setuju sehinggakan Rahimah menangis airmata darah dan berambus keluar. Saya berpendapat bahawa Hilda tidak mahu memberitahu kisah sebenar kerana ia merupakan keputusan Rahimah untuk merahsiakan kandungan Hilda dahulu. Ini kerana 19 tahun dahulu, Hilda masih belasan tahun dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Oleh kerana itu, ibunya menyuruh dia menyimpan rahsia ini bersama. 19 tahun kemudian, Hilda dah sedap dengan rahsia itu serta tanggungjawabnya sebagai seorang ibu juga tidak wujud kerana Rahimahlah yang menjaga anaknya so bila dipaksa untuk memberitahu kisah benar, Hilda memberontak. Ini kerana, “masalah” yang timbul daripada rahsia ini berpunca daripada idea Rahimah. Jika Rahimah fikir jauh dan tidak merahsiakan perkara sebenar, mungkin Hilda tidak melalui apa yang dia lalui sekarang. Dalam situasi ini, Hilda juga mangsa kerana dahulu, dia tidak diberi hak untuk membuat keputusan terhadap kandungannya sendiri. Dan kini, akibat pilihan ibunya, dia yang merana.
Jangan sesekali menghukum belia yang mengandung, mereka pun mangsa. CHEY. (tbh, IMO, this is case to case basis)
Syurga didesak Neraqa untuk jumpa Pakwenya di jamming studio. Apabila tiba di jamming studio, Neraqa ternampak pakwenya bersama betina lain. Mereka pun mula bergelut sehinggakan ada abang ni (Sufie Rashid) datang untuk selesaikan masalah. Tetek Syurga kejung melihat abang itu. Beberapa saat kemudian, seorang guru/prof/tutor ke siapa entah yang sanggup ingat nama Syurga, Neraqa dan Betina tu menghentikan pergaduhan dan meletakkan mereka ke sesi kaunseling. Musykilnya, si mamat ni masukkan mereka bertiga ke kaunseling TANPA menyelidik. Padahal, Syurga cuba mengentikan pergaduhan antara Neraqa dan Betina. Jantan-jantan tu pun tidak disuruh ke kaunseling. Mengapa? Adakah kita masih hidup di dunia yang mementingkan jantan?
Sungguh aneh sekali, si Syurga ni dah besar panjang masih menjadi mangsa peer pressure. Mereka ni budak uni ke primary school? Takde pendirian ke? Orang nak balik lepas sekolah pun sibuk.
Seri dah tak boleh tahan dengan Hilmi yang masih belum kerja lagi sehinggakan ingin meminta cerai. Seri juga menyalahkan Hilmi kerana Hilmi telah membuntingkan Seri menyebabkan jawatan regional manager terlepas dari genggamannya. Rahimah terdengar pergaduhan mereka dan oleh itu, ingin memberi wang kepada Hilmi sebagai modal. Untunglah mak kaya, kalau tak?
Selain itu, ada seorang pembaca memberitahu saya perkara ini:
https://twitter.com/tigahtiggy/status/920286420979159040
Saya sebenarnya dah perasan perkara ini semenjak zaman dinosaur lagi cuma tidak ingin menulisnya di sini kerana saya pasti ramai pembaca setia saya sudah menekanya. Selain itu, saya tidak boleh fikir nama wanita lain yang bermula dengan HIL-xxx. Cuma berikan pendapat di segmen komen atau maklum balas ye.
Bukan itu sahaja, Syurga dinamakan Syurga sebagai “defence mechanism” agar fuckbois tidak akan cuba menodainya kerana untuk moan nama “Syurga” apabila beryoohoo adalah blasphemous.
Dalam episod ini juga, Hilda terasa sakit di nonok apabila bersetubuh dengan Syarif semasa mereka berbulanmadu. Agaknya kenapa ya? Syarif terlalu besar atau ada UTI?
Rahimah pun menukar wasiatnya agar Syurga diberi jaminan dalam masa hadapannya. Namun, adiknya kurang setuju dan mengatakan bahawa wang tidak akan menjamin kebahagiaan. Kalau wang tak menjamin kebahagiaan, then isu wasiat ni tidak relevan la kan? Why are you even having a convo about this then? Bincanglah pasal faktor-faktor lain yang boleh menjamin keselamatan dan masa depan Syurga apabila Rahimah sudah tiada!!!!
Pada masa yang sama, Syurga cuba menyembunyikan daripada keluarganya yang dia dihantar ke kaunseling. Namun, si Hilmi babi ni membaca surat Syurga. Hais, tak tau menghormati ruang peribadi Syurga ke?????? Dan… hantar surat? Zaman apa ni? 90an? Hantar emel sudah la urgh buang pokok je hantar surat.
Rahimah pun bersandiwara apabila mendapat tahu bahawa Syurga dihantarkan ke kaunseling dan mengatakan bahawa dia dah malukan keluarga la apa la. Setakat tau?????? Kaunseling je dah gini sak. Dia nak Syurga ni sesempurna SYURGA ke???? Pergi mampus la.
Abeh si kaunselor ni macam sez addict sak. Selekeh dan tak terurus! (dimainkan oleh Zachary Ibrahim). But we already have a porn addict character so si kaunselor ni pasti seorang psycho or what ah.
Di akhir episod ini, Rahimah meninggal semasa bersembahyang. Saya harap dia mati betul-betul kali ini kerana saya tidak mahu perasaan saya dipermainkan lagi.
Seperti yang saya katakan tadi, tiada perkara baru di episod ini. Cuma watak-watak baru. Mungkin itulah tujuan episod 3. Untuk mengenalkan watak-watak baru yang mungkin tidak begitu penting.
– Pengkritik Sandiwara