Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Nampaknya macam dah lama saya tak tulis pasal Rudy & Rilla. Padahal diorang cuti satu minggu je eh disebabkan Hari Raya Haji. Jika terlepas entri yang lalu, klik di sini.
Topik minggu ini adalah Saman Sama Dia. Isu mengenai hak. Adakah kita peka akan hak-hak yang kita ada? Kerana jika kita tahu akan hak-hak kita, kita dapat melindungi diri kita dalam situasi tegang ataupun apabila dalam situasi yang merbahaya. Adakah kita peka akan hak-hak orang lain? Ini kerana jika kita tersalah melakukan sesuatu di tempat awam atau terhadap seseorang, mereka berhak melaporkan kita kepada pihak berkuasa.
Oleh itu, Suria mengadakan rancangan ini untuk mendidik masyarakat kita. Salah satu rancangan paling relevan di Suria!
Tema pakaian minggu ini adalah… Di Dalam Jamban.
Si temanita mengadu kepada pakwenya mengenai bil-bil dan juga kad kredit yang dihantar kepada alamatnya. Walaupun dia tidak pernah mendaftar untuk kad kredit atau sebarang telko.
Apabila ingin daftarkan diri di ROMM, nama temanita dilabel sebagai sudah bernikah. Mereka berdua terkejut. Ini kerana temanita telah hilang kad pengenalan namun tidak melaporkan kepada pihak berkuasa aka Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan aka ICA.
Dalam situasi di atas. Saya hanya boleh berkata, jangan jadi bodoh. Kau dah hilang IC, tolonglah ganti dan laporkan kepada pihak berkuasa. Ni benda tak perlu rancangan seperti Rudy & Rilla untuk ajar. Kita semua tahu risiko kehilangan IC. Pertama, jika di luar dan sekiranya pihak polis mengadakan pemeriksaan “rambang” dan ingin lihat IC untuk mengenal pasti diri anda ke apa. Please eh perangai jangan macam pendatang haram. Kedua, kalau si polan mengguna IC kau untuk beli iPhone 7 ke, beli barang kat Courts ke,tu masih boleh laporkan kepada polis la eh. Tapi kalau tailong? Kau fikir tailong nak makan cerita kau? Natijahnya, jangan hilang IC. Jaga IC seperti jaga alat kemaluan kau.
14 hari. Jangan cakap tak ada masa. Memang ICA tu jauh, jangan nak mengada eh.
Isu perkahwinan palsu pun muncul. Tapi syukur semakin kurang. Seperti apa Rudy kata, tak berbaloi $400 tu jika akan dipenjarakan bertahun. Lagipun, kahwin sivil. Tak takut dosa ke korang? Memang saya faham awak terdesak, tapi terdapat pelbagai cara untuk menjana hasil. Bukan dengan cara ni!
Mustahil diorang tak perasan seh. Kalau nak berzina, berzina di tempat di mana kemungkinan anda ditangkap = 0. Saya tidak menggalakkan zina kerana kita seharusnya mengamalkan kehidupan halal.
“Itu bukan tempatnye adik-adik” – Rudy
Ni dua-dua bodoh ke? Takkan polis nak periksa flat secara tiba-tiba. Ni la orang tak berpelajaran. Hais!!! Dah banyak kes di mana ada polis poyo! Mintak warrant card atau sebarang identifikas.
Perempuan ni pun bodoh eh. Tu la dulu disuruh ke sekolah tanak. Ekcili ni semua logik ah, orang yang tak ke sekolah pun tahu seh.
Bersama Rudy & Rilla adalah Rasimah Jar, seorang pakar psikologi.
Memang bagus la eh lihat responsnya semua katakan YA. Namun seperti apa Puan Rasimah berkata, adakah kita akan menolong dalam realiti?
Situasi ni dah tak relevan sebab sekarang ada GrabCar. Namun isu tetap relevan. Isu kekerasan.
Ni pula gunakan bahasa kesat, tanpa sebarang kekerasan fizikal.
Jadi dalam dua situasi di atas, nampaknya ada kekerasan atau tidak, si mangsa berhak melaporkan kepada pihak berkuasa. Kalau nak hidup, diamkan diri dan angkat kaki sua.
Kesimpulannya, kita harus peka akan hak kita dan juga hak orang lain. Jika kita tahu hak kita sebagai seorang rakyat Singapura, kita dapat membela diri kita daripada kejadian yang akan memburukkan lagi situasi kita atau menyelamatkan diri kita dalam situasi yang memerangkapkan kita. Jika kita peka akan hak orang lain, kita tidak akan melibatkan diri kita dalam kesusahan. Ia bukan hanya memanfaatkan diri kita tetapi orang-orang di sekeliling kita!
Itu sahaja untuk minggu ini.
Sila sertai tinjauan ini untuk topik minggu hadapan! Kepada yang akan kata “Ya”,BANYAK DUIT KAU.
Frasa minggu ini:
ISTIGHFAR SUDAH
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook)
[…] Kepada anda yang ingin membaca entri sebelum ini mengenai HAK, klik di sini. […]
LikeLike