Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 6 

Apa khabar, semua? Baik? Itulah yang sering ditanyakan apabila terserempak dengan jiran tetangga di koridor, bukan? Adakah kita masih menanyakan “tengah jemur kain?” apabila ternampak Nek Kiah menjemur kain? [Tahukah anda bahawa cuma orang Melayu sahaja yang bertanya pertanyaan begitu? Pernahkah anda tanyakan kepada rakan bukan Melayu anda, “you eating noodles ah, Janet?” bila sudah terang Janet sedang menyedut mi dari chopsticksnya. Fikirkanlah.] Topik minggu ini mengenai jiran tetangga. Berapa ramai diantara kita menegur sapa jiran yang tinggal bersebelahan? Atau sekadar mengukirkan senyuman sahaja selama 10 tahun dan tidak tahu nama Aunty Geok sebenarnya Stacy? Ataupun kita jenis yang mengelak jiran kita, sanggup tunggu lif lagi satu agar tidak sama lif dengan jiran? Atau lebih memburukkan lagi, tidak menegur sapa dan mempunyai perselisihan faham antara satu sama lain?

Kepada anda yang ingin membaca entri sebelum ini mengenai HAK, klik di sini.

Rumahku Syurgaku, Jiranku Musuhku. Itulah topik malam semalam. Seperti apa yang dikatakan Rudy Marican, setelah penat bekerja, kita ke rumah untuk melelapkan mata, berehat, mencari ketenangan. Tetapi, oleh kerana kita ada kegeseran dengan jiran kita, kita tidak dapat menikmati rehat yang sewajarnya. Sebaliknya, kita pulang ke rumah dan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah.

Tema warna minggu ini adalah coklat lembut ala-ala pastel. Sedap mata memandang.

Mereka berdua merupakan jiran yang sudah lama tinggal di blok ini. Mereka dah bermesra antara satu sama lain.

Mereka sempat berbual pasal jiran baru yang tidak menyapa orang dan suka berkaraoke.

Uncle ni menuduh kucing jiran baharu tu kerana terdapat najis di koridor. Padahal kucing makcik tadi tu. Makcik tu nampak dan buat bodoh sahaja. Ish ish! Dia boleh selamatkan keadaan, tanak tau. Dia nak jugak lihat pergaduhan berlaku! Mungkin dia takut jika dia mengaku, persahabatan yang telah dijalin dengan uncle ni akan mula renggang. Orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya!

Banyaknya kes-kes yang diseretkan ke mahkamah!

Masuk lokap sudah.

Apa yang terjadi pada baki 24% tu? Adakah salah satu pihak terpaksa berpindah?

Mujurlah jumlah kes-kes semakin berkurangan. Namun, ini tidak bermakna kes pertelingkahan antara jiran berkurangan. Mungkin kes-kes tidak melalui Community Mediation Centre (CMC) tetapi terus ke pihak polis? Walaubagaimanapun, angka 459 itu agak tinggi bagi negara Singapura yang amat kecil ini. Lagipun, semua (atau hampir semua) penduduk Singapura hidup berjiran. Jadi tak usahlah kita mencari masalah dengan orang yang tinggal berhampiran kita. Takde faedahnya!

Dalam insiden di atas, si Abang Sado menerima surat aduan daripada jirannya yang mengadu pasal kepulan asap rokok yang berdisfusi ke rumah jirannya itu. Setelah itu, pegawai NEA datang untuk memeriksa tumbuh-tumbuhan kerana ada aduan dibuat berkata ada serangga di rumah mereka. Apa punya jiran. Tak boleh berdepan ke? Berbalik kepada topik minggu lepas, kenapa makcik tu tak mintak tunjuk warrant card atau sebarang kad identifikas?

Ok, isu yang timbul daripada VT di atas adalah… Bagaimanakah harus kita selesaikan masalah ataupun ketidakpuashatian yang timbul akibat karenah jiran kita? Patutkah kita bersemuka dengan jiran atau mengadu kepada pihak berkuasa untuk leraikan masalah ini?

Pada pendapat saya, masalah yang dihadapi merupakan masalah peribadi antara jiran. Seelok-eloknya, kita bersemuka dengan jiran. Dengan cara rendah diri. Caranya mudah, bawah ole-ole atau jemput-jemput dan cuba bincangkan secara damai. Kan mak kita dah ajar ni semua. Lagipun, makanan mampu menyelesaikan semua masalah! Jika cara ini tidak berkesan, barulah kita boleh ke badan-badan yang boleh menolong menangani masalah ini. Jangan terus ke mahkamah! Step-by-step, ye. Jangan sikit-sikit telefon polis, padahal masalah pasal seret kerusi je. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga!

Mungkin ada yang akan kata bahawa masalah cuma lesap untuk seminggu dua sahaja. Setelah itu, timbul lagi. Jika timbul lagi, laporkan sua.

Tetamu malam semalam, Encik Sazali Sahri, naib pengerusi Kumpulan Keyakinan Kaum dan Agama (Inter-racial and Religious Confidence Circle, IRCC). Secara terus terang, saya rasa perbualan/pandangan Encik Sazali malam semalam goes in circle hahahha. Dia asyik berbual pasal aktiviti yang mampu menyatukan jiran tetangga. Itu sahaja isi dia. Memang ada kebenaran la kan. Kita boleh bertanya jiran kita apa aktiviti kegemaran mereka dan mungkin melakukannya bersama. Kita juga tidak sepatutnya bertanyakan soalan peribadi apabila ingin berkenalan dengan jiran baharu. Tanyakan soalan yang lebih am.

Secara terus terang, memang benar jiran baharu harus mengambil inisiatif dan mengenalkan diri kepada jiran-jiran yang sudah lama berada di sana. Cara yang terbaik adalah untuk membuat kek cawan atau pizza. Pasti boleh. Saya dah kata, makanan merupakan penyelesaian masalah! Pada masa yang sama, jika jiran baharu tidak menegur, jiran-jiran lain boleh mengenalkan diri mereka dan menjemput jiran baharu ke keluarga jiran mereka, bukan? Kalau diorang taknak, baru kau buat bodoh.

Oleh kerana Encik Sazali dari IRCC, saya ingin tahu berapa banyakkah kes-kes konflik jiran daripada kaum sama. Bermakna, kedua-dua pihak yang bergaduh merupakan kaum yang sama la kan. Kata orang, kita sesama Melayu yang memahami antara satu sama lain puuuuun bergaduh.

Kaya pe 33% tu. Sanggup berpindah-randah semata-mata masalah remeh-temeh? Pelbagai faktor harus dipertimbangkan sebelum berpindah. Duit merupakan faktor utama, sekolah anak, kesesuaian, ibu bapa dan lain-lain juga harus dipertimbangkan! Kepada 33% tu, saya harap anda antara golongan jutawan. Memang tidak munasabah dan tidak rasional untuk berpindah rumah hanya kerana seseorang jiran yang menyusahkan hidup kita. Pasti ada jalan untuk selesaikan masalah! Kalau dah pindah dan jiran baru kagi terpeleot macam mana? Tak ke menyesal bin muflis?

Natijahnya, kita sebagai warganegara Singapura harus menghargai jiran kita. Merekalah yang akan menolong kita pada waktu kecemasan kerana merekalah yang paling dekat dengan kita. Bukan makcik kita yang tinggal di Bedok, oi. Oleh itu, tegurlah jiran kita. Jika tidak menyapa balik, jangan risau. Senyum sahaja. It’s sunnah. CHEY. Jika timbul masalah, cuba selesaikan antara diri sendiri sebelum ke pihak berkuasa. Dari dulu kita sudah diajar untuk menghormati jiran. Masih ingat tak mak-mak kita dulu cakap “nanti orang bawah marah” apabila kita sedang bermain terlalu kuat? Janganlah kita mengakibatkan amarah kepada jiran kita kerana kita juga tidak mahu dilayan sebegitu.

Itu sahaja daripada saya. Namun, sebelum itu, saya perasan bahawa Rudy suka imbuhkan perkataan yang telah tidak patut diimbuhkan aka “perbadanan” ????? Perbadanan lain seh. Haahaha. Bukan itu sahaja, setiap kali Rilla menanyakan soalan, Rudy tidak akan menjawab secara langsung. Dia akan pusing punya pusing. Kadangkala menjawab soalan, kadangkala tidak. Tapi peguam selalu macam gitu, kan? Pusing punya pusing sampai hukuman 10 tahun boleh jadi 10 bulan!

14502945_10154095485247893_8026621543662192264_n

Jangan lupa untuk menyertai tinjauan bagi topik minggu hadapan! Sememangya YA. Tiada penjelasan diperlukan. Ini LOGIK. Klik gambar di atas untuk sertai tinjauan!

Saya rasa isu minggu ini yang tidak saya bincangkan akan dibincangkan pad entri minggu hadapan. Iaitu, adakah kita dianggap sebagai “kepo” sekiranya kita ternampak jiran kita didera oleh suami/isterinya? Kalau saya, panggil je polis. Takkan nak tunggu dah mati baru nak telefon ambulans?

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s