Salam sejahtera, wahai pembacaku yang masih mengikuti drama 11 Oktober. Sanggup eh korang! Saya pun entah mengapa masih mengikuti drama ni. Padahal tak realistik langsung. URGH hate you Suria. Pada entri yang lepas, Falsafah bersemuka dengan Prof. Agak-agak, apa yang bakal terjadi dalam episod 4 dan 5 eh? Tanpa membuang masa, ayuh kita saksikan apa yang berlaku!
Episod 4
Eh eh si cina ni. Gila ke jalan tengah-tengah jalan raya tanpa melihat arah tujuan? Best pegang telefon Huawei tu? Hampir-hampir dilanggar!
Kan, dah agak dah. Mesti prof yang mengakibatkan kemalangan nahas tu. Tu pasal dia beriya-iya sangat nak tolong Haryani. Sebab dia rasa serba salah! Tapi takkan pihak polis tak tangkap dia eh?
Dia ternampak insiden hampir langgar tu, jadi dia macam imbas kembali ah.
Ni minah panggil Abang Batu tu “encik”??? Dia fikir ni NS ke hahahahaha. Abeh ternampak Pak Tam je menjerit. Ekcili memang patut jerit. Pak Tam gila bawak parang ke mana-mana. Abeh si calefare kat sebelah tu gembira si minah ni terkejut. Dia senyum sambil usap bahu minah ni. HUH???
Mengapa Pak Tam sentiasa membawa parang. Memanglah parang tu untuk dia potong tanaman atau apa yang dia nak. Tetapi, mengapa Pak Tam ingin mengeluarkan parang apabila ternampak orang berjalan? Ni dah tahap bahaya.
Sesi monolog.
Oh bukan. Syaitonne bersamanya.
Kehadiran Abang Batu dalam kehidupannya mungkin akan bocorkan rahsianya atau akan menolong masalah?
Prof takut jika Abang Batu tahu akan rahsia mereka. Prof berkata Abang Batu berada di tempat kejadian. Namun, benarkah Abang Batu masih mengingati kejadian itu?
Siapa main gitar macam ni?
Pokai rasa tertekan kerana Haryani bersemuka dengannya haritu. Dah rasa serba salah la tu. Falsafah suruh dia chill sahaja. Memang betul, kalau tak curi, rileck je la.
Hijabster cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada Haryani. Haryani tak kisah pun. Eh, Haryani. Sampai bila kau nak bohong diri sendiri? Sampai bila kau nak jadi “good victim” ni. Please ada pendirian dan tegakkan kebenaran. Jangan pendamkan perasaan naluri kau tu.
Suka lattew bila Haryani kata dia dengan Abang Batu sepadan.
Pokai dan Guna-guna berlatih untuk pertandingan. Oleh kerana mindanya yang asyik fikirkan masalahnya, Pokai tidak boleh fokus dan kakinya terseliuh. Dia terpaksa menarik diri daripada pertandingan dan harus mencari pengganti.
Abang Batu berjumpa Calbee untuk menanyakan soalan mengenai Haryani. Best? Best duduk dua orang tapi gunakan meja untuk empat orang? Ada neraqa khas untuk orang macam ni. Selain itu, Calbee tak panas ke pakai vest hari-hari??
JENG JENG JENG! Overseas ke over the clouds?
Eh eh, terus kejung eh bila Abang Batu ajak keluar? Padahal Abang Batu ada motif.
Hahaha Raquelle ni gila ke. Tak warm up je = injured. Memanglah warm up tu penting. Tapi tak boleh fikir alasan lain ke?
Wah, bila terdengar nama Calbee je senyum eh? Sanggup nak tanya Calbee untuk jadi pengganti dalam pertandingan silat.
Mak Long mengurut buku lali Pokai. Mereka pun berbual tentang perhubungan Pokai dan Haryani. Abeh si Pokai kata bunuh?? RUDE sak!! Dah la bapak dia mati dilanggar abeh dia nak cakap bunuh. INSENSITIVE!!!
Potential top student takde kerja lain ke nak buat? Patutlah potential je. Calbee setuju untuk mengganti Pokai dalam pertandingan silat.
Prof ke tempat kem untuk “recce” pada waktu malam dan dikejutkan oleh Pak Tam. Pak Tam ni kerja 24 jam ke???? Takkan malam-malam waktu pokok tidur pun nak tebang sak.
Hmmm musykil.sangsi.com.gov.edu.sg
Si minah topi ni menasihati Pak Tam agar tidak mengejutkan orang-orang dan juga menyembunyikan parang tersebut. Tapi Pak Tam gila ah eh. Ni nampak sah IQ level low ke apa. Abeh si Pak Tam ni pernah membunuh seseorang. Is it ibu Haryani..?
(Saya ternampak mereka melakukan penggambaran di lokasi ini kerana saya sedang menjalani Malay/Muslim camp kat sebelah lel)
KAN. Hijabster melenting kerana Abang Batu hanya berbual pasal Haryani. Dia angkat kaki dan belah.#cockblocked
Calbee memenangi pertandingan silat. Mestilah, dia kan hero of the show. Jadi, dia sepatutnya menang!
Setelah meraih kemenangan, Raquelle berbisik kepada Calbee. Bisikan cinta ke?
Guna-guna mengajak Raquelle makan. Tapi Raquelle dah janji Calbee. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHA. Tengok muka tu. “Dah nasib badan.”
Haryani menolong Pokai balut buku lalinya. Mereka berbual pasal perhubungan mereka ah. Abeh si Haryani maafkan Pokai kerana mencuri!! Anggap sebagai pertolongan. WTH HARYANI. Boleh tak kau toughen up dan menegakkan kebenaran? Sampai bila nak biarkan orang pijak kepala kau?? Semakin lemak la si Pokai ni.
Si Pokai fikir dia dah boleh berbual isu-isu peribadi ah konon padahal no. Terus kenek sepak sak. Rasain loe! Dia tanya Haryani mengapa Haryani merahsiakan realiti…
Ok, dalam episod ini, kita dapati bahawa Abang Batu masih ingin menjadi rakan Haryani. Namun rakan biasa atau rakan istimewa? Raquelle cuba apa sahaja untuk rapat dengan Calbee. Prof mula rasa khuatir kerana takut rahsianya akan bocor. Ia masih menjadi pertanyaan mengapa Haryani merahsiakan kematian bapanya.
Episod 5
Kan dah bilang. Konsperm akan lihat babak ini berkali-kali!
Artikel suratkhabar menyebabkan Haryani teringat peristiwa 11 Oktober dan mula menitiskan air mata. Kalau tanak beremosi, jangan simpan artikel tu. Macam lah artikel tu boleh tolong cari pemandu kereta yang melanggar bapak dia.
Mak Long ingin mengadakan makan-makan untuk hari jadi Haryani yang bakal tiba. Tetapi Haryani tidak mahu menyambut hari lahirnya. Duh, dia pergi kem pe.
Ni Pokai entah kenapa nak salam mak dia lah, rindu lah. Ini semua desas-desus nak mampui.
Saya ingin memberitahu anda semua bahawa mereka ke acara perkhemahan/kem yang berlangsung di Singapura selama 3 hari. Mereka merupakan belia berusia 21-24 tahun. Saya rasa babak di mana ibu bapa hantar dan berpeluk-pelak segala tak perlu. Seperti apa yang saya telah katakan dalam entri sebelum ini, saya akan beli cerita ni kalau pelajar politeknik. Ni dah besar gedabak sak budak U tau!!!!! Kalau pergi OCIP ke China takpa lah nak hantar segala.
Haryani rasa cemburu bahawa rakan-rakan sekolah lain dapat berpelukan bersama ibu bapa mereka sebelum berangkat ke kem.
Haryani berpura-pura berbual dengan ayahnya di telefon supaya Calbee fikir bahawa dia bukan loner. Tetapi, Abang Batu terdengar perbualannya. Dia mula rasa curiga. Abang Batu pun satu, bersangka baik sahajalah. Mana tahu Haryani ada sugar daddy ke, bapak tiri ke, bapak angkat ke.
Haryani rasa cemburu kerana Batu dan Hijabster semakin mesra. Pelik, si Hijabster baru melenting kat Batu haritu kan? Terus dah baik? Hmm…
Tapi kenapa dia cemburu? Haryani sukakan Calbee, kan? Ke dia sebenarnya gelojoh? Ni lah budak pendiam. Diam-diam ubi berisi! Dia nak isi dirinya dengan dua batang ubi!
Eh eh camp instructor ni. Fikir ni budak-budak sekolah rendah ke???
Semasa mereka sedang mengadakan taklimat mengenai keselamatan, Pak Tam berfeeling Beyoncé dan melakukan Grand Entrance dengan pokok-pokok.
Kekecohan yang berlaku di semak-semak rupa-rupanya babi hutan yang sedang Pak Tam halau.
Berapa banyakkah si Cina ini dibayar untuk berkata WWOOOOOOOWWW apabila ternampak bunk bed yang setakat ini?
Eh eh si Hijabster ni. Kata nak pergi tandas, abeh ternampak Pak Tam gali lobang. Dia sendiri yang terkejut.
Dia pun memanggil heronya untuk melihat apa yang berlaku. Tetapi Abang Batu tidak nampak apa-apa.
Masih ah nak slo-mo? Ni nak pergi kem ke nak pergi Coachella?
Dia ternampak Pak Tam membawa parang dan terus mengilai.
Mereka-mereka yang sedang malakukan aktiviti terus menuju ke arah suara Raquelle. Bagus eh semua watak pergi ke sini meninggalkan calefare-calefare di padang tu. #squad
Raquelle menjelaskan apa yang terjadi. Saya setuju bahawa dia ternampak lelaki hodoh HAHAHAHA.
Batu mencari Pak Tam untuk menyelidik. Sebenarnya, Pak Tam sedang membawa seekor ayam yang sudah diserang babi hutan tadi. Tu pasal tangan Pak Tam berlumuran darah dan Raquelle menjerit.
Kenapa Pak Tam kepo eh? Biarlah babi hutan tu makan ayam tu. Let nature takes its course. Kesian babi tu kelaparan.
Aneh. Haryani mengekori Batu tetapi Batu tak syak apa-apa pun. Mereka berjalan di atas daun-daun dan tiada bunyi krik krok daun pun. Wah, bila babak tadi bila Pak Tam berjalan di daun-daun, sound efek bukan main kuat.
Pak Tam teringat peristiwa di mana dia “terbunuh” seseorang. Cerita dia macam ni. Dia di lorong Geylang, ternampak seorang wanita sedang lari daripada pakwenya. Pakwenya ingin membunuh wanita tersebut. Pak Tam cuba menghalang, namun gagal. Pakwe berjaya menikam wanita itu. Pakwe tu tidak menyerang Pak Tam, tapi Pak Tam berasa marah kerana pakwe tu dah bunuh wanita tersebut. Pak Tam pun menyerang pakwe tu. Sedang mereka bergelut, Pak Tam ingin mengelak pisau pakwe tu tapi pisau pakwe tertikam diri dia sendiri. So kirakan Pak Tam bunuhlah!!!! Pak Tam tak payah nak terkam mamat tu pe!!!! Bukannya dia serang Pak Tam pun.
Raquelle menjelaskan apa yang benar-benar berlaku. Pak Tam melarangnya daripada meletak kereta di situ. Raquelle amat jijik dengan Pak Tam dan ingin menjerit jika Pak Tam dekat dengannya. Raquelle menjerit.
Kalau saya,saya pun jerit sak. Nampak lelaki muka hodoh di tengah-tengah hutan pegang parang dan ayam mati. SIAK AH AHLI SIHIR!!!!
HAHAHAHAHAHAH YAAAAAAS SETUJU 100%. Dia roll eyes lagi.
Haryani memberi Raquelle air. Tapi bila Raquelle toleh dan lihat muka Haryani je dia lepaskan botol tu??? Rude sak. Kalau saya, dah simbahkan je.
Dia mati besok.
Erm, selagi dia duduk di bawah bumbung rumah mak dia, dia berhak report strength kepada mak dia. Kau kenapa? Dah hidup sendiri ke? Dah kasi mak makan ke? Rileck sua orang-orang macam gini. Kononnya sambut hari jadi ke 21 dengan kek bentuk kunci, tapi seluar dalam Mak lipatkan.
Semasa bonding game, Raquelle hampir-hampir terjatuh kerana dia tidak mahu memegang Haryani. Guna-guna sempat menangkap Raquelle dan menolak Calbee. OMG GILA SAK NI MAMAT. Kata kawan, sebabkan perempuan seekor dah jadi lawan?
Haryani ni kononnya menikmati alam. Rileck sua, kau kat Singapore. Bukan kat Mt Fuji or what nak berpusing segala.
Pak Tam potong stim.
Bekalan elektrik tiba-tiba terputus.
Batu terdengar footsteps. Rupa-rupanya Prof.
Oh… Kem ini sebenarnya salah satu modul dalam jurusan ini! Jurusan apa eh? Ni dah macam NIE je. Kenapa mereka masih memerlukan khidmat syarikat kem sedangkan mereka boleh merancang kem sendiri. Kata nak test kerjasama mereka. Saya baru nak kata it’s lame of them to have camp sebab diorang Year 4 sak.
Raquelle cuba memberitahu bahawa tempat ini tidak selamat kerana kehadiran Pak Tam tapi bapak dia sendiri tepis dia hahha.
Ni saya setuju dengan Raquelle. Buat apa dia nak minta maaf sedangkan Pak Tam yang memeranjatkan dia dengan membawa parang. Is it even legal???
I can’t sak!!! Diorang dua tidak berbual hanya kerana Raquelle! Abeh si Raquelle nak berkepit dengan Calbee sebab tanak Haryani kepit dengan Calbee.
Eh, bukan Batu? Ekcili memang salah Haryani ah. Dia tak beritahu Calbee yang dia suka Calbee dan juga tidak mahu bertanya. Dia terlalu lemah. Hanya mahu orang lain bahagia, rela mengorbankan kebahagiaan sendiri. Kadangkala, kita harus bersikap selfish agar kita pun dapat merasakan kebahagiaan.
Eh Prof ni. Masih ah nak pegang!!!
Macam mana Falsafah tak sangka bukan-bukan!
Falsafah memberitahu bahawa Haryani cuba mengurat dengan bapanya.
CAT FIGHT.
Kesian sak Haryani. Dia macam keliru sebab tidak ahu apa yang terjadi.
Haryani menolak Raquelle dan larikan diri.
Eh diorang ni takde lights out ke? Best lepak-lepak di merata tempat? Kalau saya, dah sehari suntuk melakukan aktiviti, pergi katil dan tidur sua.
Anyway, perangai tak menunjukkan kematangan mereka sebagai budak-budak U. Nak bukak aib orang, serbu tanpa selidik, mulakan pergaduhan di kem, bergaduh sebab perempuan. Ni cerita K14 ke?
Raquelle mengejar Haryani hingga ke mana dan terjatuh dan ditikam benda tajam. MATI LA KAU.
Saya tak sangka watak Raquelle akan mati dengan begitu cepat. Baru episod 5. Pelik, kenapa dia tak telefon bapak dia dan bertanyakan sama ada Haryani cuba mengurat? Falsafah memang suka tengok orang bergaduh eh? Dia jenis suka makan popcorn. Sungguh geli hati melihat Guna-guna marah kerana arwah Raquelle semakin rapat dengan Calbee. Perangai lagi buruk daripada perempuan. Haryani sembunyi di mana? ADakah Pak Tam akan menjadi suspek utama untuk kes “pembunuhan” ini? Atau Falsafah? Episod 5 betul-betul macam Dimensi Ke 4. Mungkin Haryani ada saka kot? Pada setiap 11 Oktober, pasti orang terdekat akan mati. Hmm… Fikirkanlah.
Dengan pemergian Raquelle, adakah Guna-guna akan memikat hati Haryani? Saya rasa ya. Haryani dengan Guna-guna, Hijabster dengan Batu, Falsafah dalam lokap dan Calbee… kisah cintanya tidak harus disiarkan di televisyen mainstream ya. #S377A Saya amat curious, apa pula jalan cerita drama ini tanpa Raquelle (dan mungkin Pokai juga)?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] anda belum baca episod 4 dan 5, klik di sini. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi! Raquelle dah mati ke…dia hidup balik […]
LikeLike
[…] di sini untuk membaca episod 1, 2 & 3, 4 & 5 dan […]
LikeLike
[…] […]
LikeLike