Anugerah Planet Muzik 2016: #BeautifulAPM2016

Dalam masa beberapa jam sahaja kita bakal saksikan acara kemuncak, Anugerah Planet Muzik 2016! Acara tahunan yang tidak asing lagi ini mengiktiraf penyanyi dan penggemar muzik di serantau ini. Buat julung-julung kalinya, artis-artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia (dan juga Brunei?) akan memeriahkan kampus baru Mediacorp di Stars Avenue.

madonna-music-o
Music makes the people cum together…YEA!

Namun, entri ini bukan untuk saya ramalkan siapa yang akan menang atau apa yang saya jangkakan untuk acara APM 2016. Pada entri tahun lepas, saya sudah beritahu sebab mengapa saya tidak mengikuti lagu-lagu Melayu kerana saya tidak mendengar radio tempatan, so klik di sini untuk baca. Saya akan membuat #FashionReview di entri akan datang. Mudah-mudahan, tahun ini mutu gambar akan lebih baik berbanding tahun lepas. Gambar-gambar APM 2015 amat gelap, dan mungkin dipetik oleh seorang intern yang tidak dibayar gaji.

Dalam pos ini, saya akan mengetengahkan peraduan Beautiful APM 2016. Apakah itu? Ia merupakan satu peraduan yang dianjurkan APM (dan mungkin ditaja oleh Sensuouz by Shannz) di mana peserta hanya memetik gambar step jambu dan muat naikkan ke Instagram mereka bersertakan #BeautifulAPM2016.

img_8027

Pemenang akan dipilih dan akan memenangi tiket ke APM. Pemenang juga bakal mendapat beberapa saat air time apabila APM disiarkan secara langsung. (Saya kurang pasti sama ada selfie mereka akan ditayangkan semasa APM atau mereka akan membuat penampilan khas ke apa)

img_8025

Isu yang timbul adalah… Apa motif? Setelah membuat penampilan khas, apa jadi? Bayangkan, “inilah pemenang peraduan #BeautifulAPM2016, selfie beliau merupakan selfie tercantik!” Sungguh irrelevant. Kenapa gunakan bahasa Inggeris eh? Kenapa bukan #MenawanAPM2016 ke apa. URGH @ Suria!

Cakap pasal bahasa, ayuh sama-sama sertai tinjauan ini mengenai Bahasa Melayu Baku!

First things first, it’s sexist kerana peraduan hanya terbuka kepada kaum wanita (objectifying women?). Kedua, mereka hanya perlu berselfie/merakam video. Nampaknya Suria inginkan kecantikan fizikal dan bukan kebijaksanaan. Kalau irl HODOH baru tau eh. Keburukan disembunyikan oleh penapis (filter) ke, siapa tahu? Ada pula yang edit kapsyen gambar lama dan letakkan #BeautifulAPM2016 sahaja. Gambar yang dimuatnaikkan pada 2015 pun ada!

Ayuh kita lihat beberapa entri-entri untuk #BeautifulAPM2016! (Gambar-gambar instagram mereka awam [public] so siapa-siapa boleh tengok, jangan nak kata I’m shaming them)

Siapa yang akan menang eh? Kelakar betul Suria ni. Setakat selfie je? Kalau ada selfie ala-ala Yuna atau Afghan, ok la. Ataupun menjawab soalan mengenai APM dalam videofie yang dimuatnaikkan. Setidak-tidaknya ada kaitan dengan APM.

Saya ingin tahu apakah kriteria untuk dipilih? Lawa? Seksi? Kreatif?

Pada masa yang sama, saya berpendapat bahawa tujuan pertandingan ini adalah untuk memilih/merekrut duta baru untuk Mensuous Sensuouz. Lihat sahaja duta sekarang, Zaza Majid.  Setakat mendengar suara lunak dia di corong radio sahaja, tak nampak muka pun. Ia merupakan kesilapan besar untuk memilih Zaza sebagai duta produk kecantikan kerana Zaza bukannya di TV selalu! (No hate to Zaza!! Beliau merupakan inspirasi ah. Ibu dua anak, ada masters lagi)

Mungkin ada sesetangah daripada anda yang berpendapat bahawa saya seorang h8r. Tidak. Cuma apakah tujuan sebenar APM untuk mengadakan peraduan ini yang tidak berlandaskan apa-apa kecuali kecantikan rupa? Adakah kita kaum yang hanya mementingkan rupa? Adakah kita shallow?

Selain #BeautifulAPM2016, saya ingin lihat jika Toggle akan mengetengahkan acara Anugerah Planet Muzik 2016 di halaman mereka seperti mana Channel 8 Star Awards dapat coverage.

screen-shot-2016-09-27-at-4-19-59-pm

Mungkinkah APM akan mendapat halaman tersendiri di Toggle? Di mana penonton boleh melihat video-video belakang takbir, gambar-gambar acara permaidani merah dan sebagainya? Takkan nak harapkan pihak media di negara lain buatkan liputan kan? Atau peminat APM harus tunggu majalah Manja untuk dapatkan gosip-gosip menarik yang terjadi semasa berlakunya APM?

Yes, saya difahamkan Toggle akan siarkan APM secara langsung dan mempunyai halaman untuk undi.

img_7992

Dengan jumlah penonton seramai 4.4 juta, mustahil industri seni Melayu tiada “demand” dan oleh itu tak perlu “supply”. Oh lupa, kita tak wujud.

Kalau tak salah, ada siaran langsung acara permaidani merah di TV kan? Saya harap kali ini gambar-gambar bermutu tinggi, k? Sebab saya nak buat #FashionReview dalam pos akan datang. Saya agak hampa mereka gunakan istilah “karpet merah” dan bukan “permaidani merah”. Sigh. Karpet tu macam kau beli kat Geylang bazaar ah, permaidani tu macam custom made diimport dari Turki gitwe.

Rancangan baru ni  untuk hypekan lagi APM ke?

Saya benar-benar tidak sabar untuk APM 2016 kerana barisan pengacaranya tahun ini!

14199541_10154047871717893_2561490506777165510_n

Pasti gabungan Suhaimi Yusof dan Sherry Alhadad akan membuat penonton dalam keadaan pecah perut dan tak kering gusi! Desta siapa? Akhirnya kita tak perlu mendengar lawak jenaka Fiza O yang sememangnya tidak kelakar!

Saya rasa M. Nasir akan membawa pulang anugerah khas tu ah. Rentas Planet ke apa.

Eh, pemenang SG Mania tidak dijemput untuk membuat persembahan ke? Tak kisahlah musim mana. Bukan ke pertandingan itu untuk hidupkan balik kerjaya nyanyian mereka yang tidak meletop sangat?

tumblr_n3t3ncb7ga1qk08n1o1_500

Jangan lupa untuk ikuti Pengkritik Sandiwara di Fesbuk dan Twitter!

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Facebook, YouTube and Toggle)

tag: Sufi Rashid, Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Aisyah Aziz, Agnes Monica, Armand Maulana, Rizky Febian, Raisa, Sezairi, Anggun, Caliph Buskers, Jaclyn Victor, Aziz Harun, Awi Rafael, Taufik Batisah, Ayai Illusi, Musikimia, Yuna, Yuka Kharisma, Cakra Khan, Afghan, Rossa, Stacy, Akim Majistret, Elizabeth Tan, Mas Idayu, Farisha Ishak, Judika, Anuar Zain, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Iskandar Ismail, Nana Karia, Melly Goeslow, Kris Dayanti

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s