6×7: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

6×7=42.

Itu sahaja.

Chey merepek.

Malam semalam, Suria menayangkan 6×7 untuk mengganti drama Instageram. Daripada tajuknya sendiri, ramai boleh meneka bahawa drama ini mengisahkan hal-hal kubur atau hidup setelah mati.

Dibintangi Sufian Ahmad, Fizah Nizam, Izyan Mellyna, Khalit Baboo, Roslan Kemat dan ramai lagi, drama yang disiarkan pada setiap selasa diarah oleh Faisal Ishak so, jangkaan saya terhadap inti dan juga mutu drama ini agak UPZ ye.

Drama ini bermula dengan watak utamanya, Farid eksyen berlagak kerana jawatannya sebagai jurutera amat penting dan rasa bahawa dia tidak akan dibuang kerja. Namun, oleh kerana dia telah sebut bahawa dia tidak akan dibuang kerja, dia dibuang kerja. Seperti drama-drama Suria yang telah wujud, Farid cuba merahsiakan bahawa dia telah dibuang kerja kerana syarikatnya terpaksa ditutup. Hmm.. Macam cerita Abang Teksi je. Sama je situasi mereka. Klisye habis.

Farid, seorang teruna yang masih belum berumahtangga frust tonggeng kerana dia bakal bernikah bersama Suzana. Ini bermakna, dia memerlukan banyak wang tapi dia sudah dibuang kerja! Farid pun mencuba sedaya upaya untuk mencari kerja tetapi tidak berjaya.

Pada masa yang sama, ibu bapa kepada Suzana amat bangga kerana bakal mendapat menantu jurutera. Hairan sungguh, si Suzana ni peguam tapi kahwin dengan jurutera nak dibangga-banggakan? Ni zaman apa? Zaman P.Ramlee ke?

Sejak bila peguam dengan jurutera sama taraf eh? Kalaulah saya makbapak anak peguam dan anak saya nak kahwin jurutera, saya tentu gembira tapi nak bangga????????? For???? For a lawyer to marry an engineer is marrying down pe so Suria pls?????

Farid pun cuba mendaftarkan diri sebagai seorang pensyarah di Raffles Polytechnic dan memberitahu semua orang bahawa dia seorang pensyarah walaupun belum diterima oleh institusi tersebut.

Ibu bapa Suzana mula menerima hakikat bahawa menantu mereka bukan jurutera, dan berkata bahawa peguam dan pensyarah pun boleh la cocok. LOL apa sak????? Merepek tau Suria menggalakkan isu-isu status sebegini.

Institusi RP tidak menerima Farid sebagai pensyarah dan dia terpaksa mencari kerja lain. Dia pun hantar permohonan kerja kepada sesebuah syarikat tanpa menyelidik syarikat tersebut. Farid dipanggil untuk sesi temuduga daripada syarikat tersebut.

Alangkah terkejutnya Farid apabila dia mendapat tahu bahawa syarikat tersebut menangani jenazah. Hold up. You mean Farid did not edit his resume to appeal to the syarikat tapi dia tetap dapat kerja tersebut?

Pada mulanya Farid tidak mahu kerja itu tetapi dia terpaksa ambil kerja itu kerana dia terdesak.

Beberapa saat kemudian, dia harus pergi turn-out kerana dah ada orang mampus.

Di rumah si mati, mayat itu telah pun decompose so bau busuk tengik gila la kan? Farid pun tak boleh tahan, rasa loya dan hampir muntah. Dia pun keluar bilik. Abeh si pakcik tu kata “hormat mayat”??? HUH?

Pertama sekali, ia merupakan kali pertama Farid melakukan kerja sebegini dan saya rasa dia sepatutnya diberi sedikit leeway la kan? Kenapa pakcik ni nak berlagak terhadap orang baru? Tunjuk ajar dengan cara baik la tak payah nak step kau dah berpengalaman.

Farid masih merahsiakan kerja barunya daripada keluarganya dan bakal isterinya. Bagaimanakah Farid akan memberitahu keluarganya yang mementingkan status tentang kerja barunya ini? Dapatkah keluarga bakal isterinya menerima hakikat bahawa Farid kini bukan orang “berstatus tinggi”? Adakah Farid akan terus kerja di sini dalam jangka masa panjang? Apakah pelajaran yang akan Farid peroleh daripada kerja ini? Adakah ini akan menjejas perhubungannya dengan Suzana?

Saya amat tertarik dengan konsep drama ini dan ingin tahu sangat apa yang bakal berlaku pada episod-episod akan datang. Apa yang bakal terjadi? Apakah konflik utama? Tak sabar! I know it’s good.

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s