Salam Deepavali, para pembaca setiaku! Hari di mana rakan-rakan beragama Hindu kami menerangi hidup yang penuh kegelapan. Seperti apa yang sedang saya lakukan, memberi sedikit sinaran dan keseronokan dalam industri TV Singapura yang agak malap dan gelap sekali ya.
Malang sekali, tiada satu pun wadah lain selain Berita Harian/Berita Mediacorp yang meliputi rancangan penuh gemilang Anugerah Planet Muzik 2017. Ini kerana Manja sudah tutup kedai sebab tak laku sudah pun mengalih ke kaca televisyen anda. Oleh kerana itu, ia menjadi “tanggungjawab” saya, sebagai satu-satunya lelaman hiburan Singapura dalam Bahasa Melayu untuk memberi anda sedikit hiburan hambar mengenai majlis penganugerahan ini!
Dan seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan hanya memberi komen tentang FASHUN para artis-artis di APM 2017. Giler kau aku nak kasi komen tentang anugerah atau pemenang? Aku bukannya mengikut trend muzik serantau hahaha. Radio is irrelevant to me and in the future. Saya hanya mendengar muzik Melayu jikalau ia OST sesebuah drama atau apabila ibu kesayangan saya memainkannya di YouTube melalui SmartTV di rumah. Tu je.
Mungkin ada yang akan mengata bahawa fesyen itu adalah seni dan seni itu subjektif dan terbuka kepada tafsiran tersendiri. So, terpulanglah kepada si pemakai nak pakai apa sebab dia rasa busana itu melambangkan perwatakannya yadayadayada.
Disebabkan ia subjektiflah saya adakan sesi ini sebab saya pun ada pendapat daripada perspektif yang lain. Nak atau tak nak terima tu kau punya pasal ah?????
Pertama sekali, saya ingin menyoal kewujudan akaun Twitter APM2017.
TU JE? Itulah update yang para pengikut dapat pada malam acara. Siapa lah yang penat-penat buat akaun ni padahal sesi LIVE Tweets di akaun Suria rasmi?
Sebelum saya mulakan memberi komen mengenai pakaian penyampai anugerah, para penyanyi yang membuat persembahan serta para pemenang di majlis yang mengiktiraf bakat-bakat serantau ini, ayuh kita lihat apakah artis-artis yang menonton APM peragakan di Permaidani Merah APM. Saya masih SALTY kerana mereka menggunakan istilah “Karpet Merah/Red Carpet” padahal tahun lepas I dah tegur tau. Giler tak gunakan Bahasa Ibunda????
Pemenang Aku DJ Ria, Kyrul Ashri dan Nity Baizura menjadi maskot Permaidani Merah APM 2017. Mereka terpaksa memakai merah untuk memberitahu orang ramai bahawa merekalah pengacara rasmi Permaidani Merah APM 2017. Ia agak jelas bahawa Kyrul Ashri begitu teliti dengan kajiannya dan cara pengacaraannya juga lancar dan baik sekali. Namun, ada saat-saat di mana dia ingin memotong perbualan artis ataupun memasukkan “inside jokes” yang penonton tidak akan faham. He looks good w the bloody red get up, Nity looks like a character from Roald Dahl book dengan skirtnya yang kembang. I have no issues melainkan warna yang tiada kontras dengan permaidani.
9:24 Haikal Ali looks cute and so handsome but saya lebih suka his looks last year hehe.
12:08 Ara memakai busana yang seakan Khaleesi setelah dia sampai ke Dragonstone. Suka glitter-glitter tu. Cuma cutting dia di lengan macam..????
13:58 Ismail Zani ingin ke acara prom di sekolah.
16:48 Izzue Islam looks gross.
20:39 Sofea Arissa sungguh menawan memperagakan busana emas dan hitam!
30:10 Isnina berada di masa hadapan dengan pakainannya yang mempunyai geometri!
32:36 Wani Hasrita berhasrat untuk kekal basic.
34:38 Eh aku yang rimas tengok Ayda Jebat pakai baju reben silver yang meliputi lengan dia tau. Abeh skirt organza kembang??? Macam aluminium foil sak.
37:40 AIMAN TINO X RONALD MCDONALD’S REALNESS
39:05 Izyana Saravasti YAS oriental/Indonesian represent YAS WERQ! Dan capenya yas sis fly sis.
42:32 Yanti kelihatan basic dengan warna yang bosan.
44:45 Nuraliza Osman + Jr Wow saya suka how Nuraliza Osman looks very motherly, macam dia memberitahu orang ramai bahawa dia ni masih elegan, pernah menang Miss Universe tetapi sekarang dia mentor kepada para anak muda. Sungguh menawan tapi bunga-bunga di skirtnya macam tak perlu. Love her Jr dress LOVE.
52:15 Power couple Aisyah Aziz dan Fakkah Fuzz! Aisyah looks simple tapi tetap elegan. Ok saya konpius dengan pakaian Fuzz but that’s him ah so yeah.
54:53 Farid Kamil basic. Saya amat suka dengan busana flowy Sofia Dendroff ya. Keayuannya terserlah, macam nak pergi kahwin. Tapi kenapa dia tak berada bersama Pakwenya?
56:42 Who??? Hipsters dan kreatif.
58:44 Hael Husaini kelihatan sungguh kacak dan segak tapi pakaian basic.
1:00:45 Sufie Rashid mengelirukan saya. Kotnya yang bertekstur dan pakaian dalamnya yang berwarna biru dan merah??
1:02:59 Adakah cape tren terkini? Gloria Jessica memakai busana berwarna susu dengan kepak-kepak sambil ada lobang-lobang di bahu. Cantik.
1:07:26 Adi Putra??? Next.
1:09:40 Kilafairy memakai busana ala-ala cowboy.
Itu sahaja di acara Permaidani Merah!
Sekarang beralih ke acara utama pula!
Pengumuman: Rancangan APM 2017 tiada di Toggle so saya ambil video-video yang dikongsi melalui Twitter Suria.
I never liked this song sebab bila nak sampai klimaks abeh the klimax NAKAL NAKAL NAKAL???? Abeh dia pakai apa entah for this??
Hannah Delisha looks so sweet here!!! Saya sarankan lose the flower head tho.
Entah apa si Dzar Ismail ni pakai tau? Nabila Huda punya busana lawa but doesn’t go well w her skin tone and hair yux.
I hate how every year diorang cuba menyertakan isu-isu viral? Tahun lepas apple pen merepek tu. Idea siapa sak??? ni nak baby shark segala abeh hos pun tak tau???
Desta*** pakau apa sak? omg cries for the men in APM.
Afghan looks normal but segak kacak tampan ganteng ya!!!
Gloria Jessica memberi mesej mengenai sampah melalui pakainnya manakala Aisyah Aziz seorang peminat IT.
Pop culture influence akan selalu menjadi in trend!
Orang ramai tahu siapa Zachary Ibrahim ke? Dia nampak messy tho.
Sufie Rashid baru sahaja balik dari science lab sebagai saintis jahat dalam movie terbarunya.
Semua tukar baju kecuali Virgoun. Kasihan dia dengan baju ikat dia. Si Hael ni pakai apa??? Dengan lengan macam desain perempuan sak. Si Sufie masih keliru tau.
Sekali lagi dengan Oriental Realness oleh Isyana Sarasvati!
AKHIRNYA! Setelah menjadi Presiden, barulah ada orang yang mengikut fesyen tudung Puan Halimah!
Puan Zakiah Halim mengumumkan penerima Anugerah Rentas Planet, iaitu Maher Zain!
Saya terpaksa tidak setuju dengan penganugerahan ini. Tidak boleh dinafikan bahawa Maher Zain merupakan seorang karyawan yang sungguh berbakat dan pada masa yang sama, mengingatkan pendegarnya tentang agama. Beliau juga merupakan sumber inspirasi kepada orang ramai. Namun, untuk memenangi sebuah anugerah di acara yang mengiktiraf bakat-bakat Singapura, Indonesia, Malaysia dan mungkin Brunei..? Questionable. Saya sangkakan anugerah ini adalah untuk individu yang telah menembus pasaran antarabangsa, luar dari sempadan Nusantara. Namun, mengikut ucapan Puan Zakiah Halim, Maher Zain merupakan seorang penyanyi yang telah menembusi pasaran Nusantara dan membawa muzik Melayu ke taraf antarabangsa melalui lagu-lagunya yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Entah la sis. I just feel that anugerah ini harus ekslusif kepada bakat-bakat Nusantara but whateva.
Satu lagi kemenangan yang saya kurang puas hati adalah…
Artis Paling Popular Singapura jatuh kepada Hannah Delisha!!!! I love her but bagaimana dia boleh menang ni padahal dia ada satu lagu je tau??? (if i’m not wrong)
Kini saya tertanya-tanya berapa besarkah fanbase beliau. Untuk menewaskan Nurul Aini dalam Pesta Perdana je bermaksud fanbase agak besar.
Untuk memenangi anugerah ini, fanbase beliau harus lebih besar daripada TAUFIK BATISAH tau????? siak la you go girl!!!!
Dzar Ismail mengatakan bahawa bajunya yang berbulu melambangkan sayap-sayap yang mampu terbang ke taraf antarabangsa or what. He is THAT student during literature class.
I LOVE THIS
Pasti ramai wanita yang beronani kepada suara lunak Afghan mendendangkan lagu Baby Shark pada malam tersebut.
Pakaian Fiza O macam whot?? Ada helmet kat sebelah abeh nak berbual dengan orang sebelah peripheral vision takde?
But you can’t beat MamaRu.
Untuk mengakhiri acara, Ella dianugerahkan Anugerah Khas! Beliau benar-benar layak memenangi anugerah ini setelah 30 tahun berkecimpung dalam industri seni! Bajunya ada desain naga untuk memberitahu bahawa dialah Khaleesi muzik rock dalam rantau ini.
Ada pembaca di Twitter menanyakan mengapa Ella kelihatan seperti Hafeez Glamour. Jikalau saya tahu jawapan, pasti artis-artis dikecam! Allah knows best ye.
Kepada anda yang ingin tahu siapakah yang menang anugerah dan sebagainya, semuanya di sini:
Itu sahaja daripada saya! Sehingga ke APM 2018!
Selamat bercuti!
– Pengkritik Sandiwara