Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
The Necessary Stage (TNS) persembahkan pementasan LGBTQ berjudul Mardi Gras dan Top or Bottom hampir dua dekad yang lalu. Tahun ini, TNS kembali dengan Old Gaze, babak ketiga dan terakhir dalam siri ini yang akan menjanjikan kekecohan penuh gelak!
Ditulis dan diarah penerima Pingat Budaya serta penulis tetap TNS, Haresh Sharma, Old Gaze menampilkan beberapa pelakon teater yang tak asing lagi dan juga muka-muka baru.
Menurut Sharma, karya ini ditulis sebelum pembubaran Seksyen 377A. Dan apabila pembubaran diumumkan, beliau ingin membuat sedikit perubahan kepada skrip.
“Sejujurnya, saya belum lihat perubahan secukupnya untuk mewajarkan penulisan semula,” kongsi Sharma.
Hossan Leong, Kumar dan Rody Vera akan kembali untuk menghidupkan balik watak-watak mereka, dan akan diiringi Siti Khalijah Zainal bersama Liow Shi Suen, Azura Farid dan Medli Loo.
Dalam kisah ini, kehidupan Faith (Hossan Leong) dan Hope (Kumar) menjadi tunggang terbalik apabila seorang rakan lama muncul secara mengejut. Mereka terperangkap dalam sejarah peribadi sambil bergelut dalam menjadi otai dalam dunia yang lebih rumit akibat kata ganti diri berjantina.
Anda boleh beli tiket Old Gaze melalui lelaman ini. Ia akan berlangsung dari 8 hingga 12 Mac di Panggung Victoria.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook The Necessary Stage)
[…] Siti Khalijah Zainal membuka tirai Old Gaze sebagai Mariah Carey seolah-olah memberi jaminan bahawa pementasan The Necessary Stage ini sebuah […]
LikeLike