Old Gaze menarik, tapi huru-hara

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Melihat Siti Khalijah Zainal membuka tirai Old Gaze sebagai Mariah Carey seolah-olah memberi jaminan bahawa pementasan The Necessary Stage ini sebuah persembahan yang bakal saya nikmati.

Mestilah, barisan pelakon yang membintangi pementasan ini bukan calang-calang! Hossan Leong, Kumar dan Rody Vera menghiasi pengakhir kisah trilogi LGBTQ+ ini.

Menerusi kehidupan Faith (Hossan Leong) dan Hope (Kumar), penonton dapat sedikit sebanyak pelajari tentang gaya hidup pasangan sesama jenis yang sudah berumur. Tapi, keadaan menjadi tegang tatkala Clement (Rody Vera) kembali hidup (unsur kebetulan off the charts).

Clement, Faith dan Hope melihat gambar lucah
Gambar oleh Tuckys Photography

Clement ingin membawa Faith ke Norway, dan juga berkahwin dengan pasangannya kerana perkahwinan sejenis dibolehkan di sana. Namun, apa yang mengejutkan lagi adalah identiti pasangan Clement – seorang VVIP negara ini. Disebabkan ini, Clement terpaksa mati buat dua dekad untuk merahsiakan perhubungannya bersama Chief Minister atau “CM”.

Ibu Faith (dimainkan oleh Liow Shi Suen) pula sukar untuk menerima hakikat bahawa dia pernah mendera Faith akibat seksualitinya. Tapi… dia nak jugak ikut serta ke Norway, boleh gitu?

Kekecohan tidak berakhir di situ, watak anak-anak muda (Gen Z), Carina (Medli Dorothea Loo) dan Izz (Azira Farid) tiba-tiba menjelma. Carina merupakan anak kepada rakan karib Faith dan Clement. Dan Clement ingin mengajak Carina ke Norway juga.

Untuk kisah yang ingin menceritakan tentang kehidupan individu gay yang sudah lapok usia, Old Gaze amatlah padat dengan side quests.

Watak Carina dan Izz tidak memberi apa-apa kesan kepada cerita utama. Sekiranya mereka tidak wujud dalam kisah ini, pun takpe. Mungkin mereka diwujudkan untuk pamerkan perbezaan masyarakat LGBTQ+ yang veteran dan yang muda. Tapi cara penyampaiannya agak terlalu memaksa dan tidak mengalir dengan jalan cerita utama dengan begitu lancar.

Azira Farid dan Medli Dorothea Loo sebagai Beyonce dan Lady Gaga
Gambar oleh Tuckys Photography

Bahkan, kisah cinta Izz dan Carina tidak perlu diselitkan. Ia berakhir dengan klisye sekali.

Watak Hope pula kelihatan seperti dipinggirkan. Sekejap dalam rumah, sekejap takde. Namun, tidak boleh dinafikan bahawa di akhir cerita ini, Hope dan Faith mengeratkan lagi perhubungan mereka dan babak tersebut amatlah sweet!

Plot twist watak Siti K sebagai seorang spy memang sesuatu yang tidak disangka! Saya amat suka dengan wataknya yang pada mulanya dianggap sebagai bomoh kepo tapi sebenarnya memainkan peranan penting dalam kisah cinta Clement dan bakal suaminya.

Secara keseluruhan, karya Haresh Sharma ini berjaya menonjolkan keperitan yang dilalui individu LGBTQ+ pada masa lalu. Seumpamanya penyalahgunaan dadah, serbuan polis, keluarga toksik dan banyak lagi. Ia seperti memberi peringatan kepada LGBTQ+ generasi baru untuk menghargai jasa mereka-mereka yang sudah melalui kesusahan ini. Dan setiap generasi mempunyai cabaran masing-masing.

Old Gaze juga mendedahkan hakikat (atau hipokrosis) orang berkuasa yang mungkin telah campur tangan dalam hal ehwal isu hak LGBTQ+ di negara ini?

Tapi, dalam trilogi yang menamatkan Mardi Gras dan Top or Bottom ini membuat saya fikir… adakah pihak luar penting dalam menentukan kebahagian dua orang?

Ini kerana Clement dianggap sebagai orang luar (melambangkan pemerintah) yang muncul dalam kehidupan Hope dan Faith, di mana status perhubungan mereka agak kucar-kacir. Di akhir cerita itu, Faith dan Hope hidup bahagia setelah Clement “melakukan tugasnya”. Hmm?

Oh ya, saya juga suka cara sari kata dipancarkan di skrin! Ada kalanya saiz huruf dibesarkan untuk mencerminkan perasaan watak-watak. Sungguh inovatif. Teruskan!

Old Gaze akan menutup tirai esok. Anda masih boleh dapatkan tiket di sini.

-Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Tuckys Photography)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s