Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Nick Mikhail didakwa atas pelbagai tuduhan berkaitan penjualan barangan menyerupai produk tembakau, menurut laporan Berita Harian yang diterjemahkan daripada The Straits Times.
Menurut artikel itu, pelakon yang telah bersara dari dunia lakonan itu hadir di mahkamah daerah pada 19 Januari, menghadapi 32 tuduhan di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan).
Ini bukan satu kejutan kerana sebelum ini, Min pernah ternampak Nick Mikhail cuba menjual barangan terlarang melalui Instagramnya.
Namun, menurut video Facebook yang dimuatnaikkan empunya badan, kiriman IG pada 2019 itu ditujukan buat pengikut Malaysia dan bukan Singapura.
Dalam video itu, Nick juga menasihati orang ramai untuk henti menjual dan menghisap vape kerana ia diharamkan di Singapura.
Nick juga kurang puas hati dengan artikel yang tertera di wadah SPH kerana ia menceritakan satu pihak saja. Anda boleh tonton video 15 minit di atas untuk mendengar penjelasan Nick.
Kalau korang nak tau apa barang larangan tu, baca lah artikel yang Min dah lampirkan ye di atas…
Yang penting, kes pelakon basi ni telah ditangguhkan hingga 9 Februari.
Sekiranya anda ingin meminta pinjaman, anda boleh ke IG Nick Mikhail.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Nick Mikhail)
Asal pulak pelakon basi kau kata dia? Yg kau tu apa pulak?
LikeLike
[…] mapan, Nick Mikhail, didenda $13,000 dek jualan dan iklan e-rokok (vape) di wadah media sosial […]
LikeLike