Cakra Khan, Andmesh Kamaleng bakal hiburkan peminat SG

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Melihat poster yang agak buruk (yang tertera di atas) di socmed, Min pikir “konsert” ini hanya sekadar jenaka dan sebuah scam pada mulanya.

Tapi setelah menyelidik, memang betul lah Cakra Khan nak buat konsert kat Singapura ni!

Bersama Andmesh Kamaleng, Konsert Luar Biasa akan berlangsung pada 29 April ini di The Star Theatre.

Antara artis jemputan yang turut akan mewarnai pentas ini adalah dua orang juara Singapore Idol iaitu Hady Mirza dan Taufik Batisah. Maya Raisha juga akan menghiburkan anda.

Peminat pasti akan menikmati dendangan Andmesh dengan lagu hitsnya berjudul Luar Biasa!

Baru-baru ini Cakra Khan juga baru saja berkonsert di Kuala Lumpur. Jadi ini merupakan peluang peminat Singapura pula untuk bersama Cakra Khan.

Tiket-tiket boleh didapati di Sistic. Bagi 200 pembeli pertama Cat 1 dan 100 pembeli Cat 2, anda berpeluang bertemu artis-artis dalam sesi Meet & Greet! Amboi. Apa tunggu lagi? Belilah!

Sebelum ini, Anuar dan Ziana Zain, Masdo, Ungu dan OkLetsGo menghiasi pentas Star Theatre pasca-pandamik.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: Klook)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s