Konsert Anuar Zain & Ziana Zain LIVE in Singapore memukau!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penonton di Singapura dah bertunggu bertahun lamanya untuk menonton dua beradik ini membuat konsert di kota Singa.

Apabila lampu dimatikan di The Star Theatre, jeritan dan sorakan gemuruh kedengaran, menantikan kemunculan Anuar Zain dan Ziana Zain.

gambar: Live Nation

Kemunculan dua beradik yang dinantikan

Sejurus saja diva dan divo itu berjalan ke pentas, tepukan dan pekikan penonton semakin kuat bak guruh yang tak putus-putus. Terutama sekali kakak-kakak yang melupakan suami mereka buat satu malam dan memanggil Anuar Zain dengan panggilan “Abang Anuar”.

Bintang dari Malaysia itu mendendangkan medley Sangkar Cinta dan Bila Resah sebagai persembahan pembukaan, lagu-lagu yang tidak asing lagi dengan nama Ziana Zain dan Anuar Zain masing-masing.

Apa yang mencuit hati adalah video yang disajikan sebelum mereka berdua berada di atas pentas The Star Theatre yang terletak di Buona Vista. Video tersebut menunjukkan ibu bapa mereka mengisahkan detik-detik permulaan kerjaya mereka sebagai penyanyi cilik. Gambar-gambar muda mereka juga dipancarkan ke skrin LED.

Isu kepak tak hindari Ziana

Walaupun si kakak mengalami wardrobe malfunction dengan ‘kepak’nya, ia tidak menghambat Kak Gee untuk terus memberi yang terbaik di segmen pembukaan! Malah, kepaknya lah itu yang mengebreak the ice untuk konsert mereka di Singapura ini.

gambar: Live Nation

Mereka amat bersyukur kerana ramai orang Singapura memilih untuk meluangkan malam Sabtu bersama mereka. Mereka amat suka dengan semangat penonton Singapura kerana vibenya agak berbeza. Menurut mereka, konsert mereka full house semalam dengan 3,000 penonton! Konsert mereka di Kuala Lumpur pada Ogos juga sold out.

Lagu sedih, penonton gembira

Ziana teruskan menyanyi Anggapan Mu dan Kasih Ku Pertahankan. Meskipun lagu-lagu Ziana sedih dan terkena pada dirinya seperti apa yang beliau kongsikan, penonton tetap terhibur dengan gelagat Ziana yang begitu selamba sekali dalam konsert anjuran Live Nation ini.

Ziana akan selalu selitkan jenaka, luahan hati dan mengajak penonton bernyanyi bersama-sama.

Antara lagu-lagu lain yang dinyanyikan Ziana adalah Menadah Gerimis, Puncak Kasih dan lagu adiknya berjudul Sedetik Lebih.

Kesan pemansuhan 377A

Ada ketika itu, Ziana berkata sekiranya beliau boleh melihat aura penonton di dewan, pasti dia akan melihat pelbagai warna. Dan setiap warna melambangkan jantina masing-masing, dan ada juga yang di tengah. Adakah ini bermakna Ziana Zain adalah seorang queer icon? We stan.

@iambobocinta

Makan makan pondan pondan kak ziana hehehehhe abes show kita kena kari kepala ikan #foryoupage #fyp #tiktokmalaysia #fypシ #zianazain

♬ original sound – ᗷOᗷO ᑕIᑎTᗩ – ᗷOᗷO ᑕIᑎTᗩ
Kau ade tak?

Anuar Zain betul-betul sayang peminat

Berbeza berbanding kakaknya, persembahan Anuar lebih banyak interaksi antara beliau dan penonton.

Anuar juga berkata bahawa The Star Theatre lebih ‘garang’ setelah seorang peminat mengadu tidak boleh memetik gambar.

gambar: Live Nation

Setelah menyanyikan Kau Bunga Cinta Ku, Anuar mengetease penonton dengan memberitahu bahawa beliau ingin ke bawah bersama penonton. Tapi, beliau hanya main-main saja – konon tak turun pentas dari sebelah kiri tapi buat u-turn.

Diserbu penonton

Tapi bila dia turun sebelah kanan… adoi… Satu panggung kecoh sebab dia betul-betul turun sambil menyanyi Keabadian Cinta.

Terkinja-kinja semua dibuatnya, ada yang sampai lari dari belakang hingga ke depan untuk bersalaman dan memetik gambar idola mereka!

gambar: Live Nation

Bertuahlah kepada mereka yang sempat berbuat sedemikian, kan?

Sesi permintaan lagu

Persembahan Anuar begitu intim sekali kerana beliau dengan selamba duduk di hujung pentas dan berbual dengan penonton seperti rakan biasa.

Anuar membuat penonton rasa begitu dekat dengan dirinya, seolah-olah dah jadi bestie buat puluhan tahun lamanya.

Bukan itu saja, beliau juga bertanyakan penonton apakah lagu yang ingin kami dengarkan yang tidak ada di dalam playlist konsert mereka. Fuhhhhhhh!

Lagu terakhir

Madah Berhelah, sebuah lagu ikonik sekali, didendangkan Ziana Zain sebagai lagu solo terakhir. Arrangement lagu ini membuat penonton keliru seketika kerana tak dapat cam lagu ni. Tapi memang best lah tak kisah apa arrangement!

Anuar Zain pula membawa lagu Lelaki Ini, sebuah lagu yang menjadi satu kemestian di majlis kahwin, kan?

gambar: Live Nation

Setelah tamat menyanyikan lagu terakhir duet iaitu Lembah Asmara, penonton inginkan lebih dan memanggil mereka balik dengan sorakan “we want more!”

Mereka muncul kembali dengan Di Akhir Garisan, sebagai penutup konsert mereka di Singapura ini.

Sesungguhnya, ia antara konsert yang amat menghiburkan yang pernah Min pergi. Lagu-lagunya power, penyanyinya pula penuh personaliti!

Antara artis yang turut hadir dalam dewan adalah Hyrul Anuar, Farhana M Noor, Alyph dan Fara Fauzana.

Yang penting, tak perlu artis jemputan untuk nyanyi. Membuktikan they’re their own league, periodt!

The next konsert kat The Star Theatre ada Ungu. Korang dah beli tiket?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Live Nation)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s