Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ini mungkin bukan satu kejutan tapi perkara yang dijangka. Tiket bagi konsert Ungu di Singapura laris dijual dalam masa dua jam.
Kumpulan kugiran Indonesia itu akan membuat persembahan di The Star Theatre pada bulan sepuluh nanti.
Menurut pihak penganjur, Sah Entertainment, mereka akan membuka tiket Circle 1 atas sambutan luar biasa.
Setakat ini, hanya tempat duduk Stalls dijual. Circle 1 dan 2 belum dibuka lagi.
Menurut IGS Sah Entertainment, mereka akan menjual tempat dudu Circle 1 tidak lama lagi.
Selain itu, ada juga beberapa pihak berpendapat bahawa pihak penganjur berkelakuan kurang adil kerana memberi peluang kepada mereka untuk membeli lebih dari 4 tiket langsung dari mereka sebelum bermulanya hari penjualan tiket secara rasmi.
Ini kerana di Sistic, hanya 4 tiket maksimum boleh dibeli.
Kami berharap semua peminat Ungu yang ingin menonton Ungu dapat tonton ya. Jangan gaduh-gaduh…
Kalau tak pun, mungkin akan tambah satu lagi konsert? Macam Wings dan Jamal Abdillah…
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sah Entertainment)
kemas kini:
Ungu The Greatest Night Live In Singapore kini UPSIZED.
Tiket Circle 1 akan mula dijual pada 1 September, 10 pagi di Sistic pada harga $68, $88, $108 dan $138.
[…] ini, tiket konsert Ungu di Star Theatre sold out dan lebih banyak tempat duduk dibuka untuk lebih ramai […]
LikeLike
[…] band popular yang akan muncul adalah Ungu, Dewa 19, Wali, D’Masiv, Kerispatih x Sammy Simorangkir x Badai, Jamrud, JKT48, Momo, Sunu […]
LikeLike
[…] next konsert kat The Star Theatre ada Ungu. Korang dah beli […]
LikeLike
[…] cukup sekadar menjadi penyanyi jemputan untuk kumpulan kugiran Indonesia, Ungu, Aina Abdul turut akan berjumpa peminat Singapura dengan lebih dekat […]
LikeLike
[…] takpe, Min akan tonton Ungu akhir bulan […]
LikeLike
[…] Ini kerana pihak penganjur, Sah Entertainment, membuat perkara yang serupa bagi penjualan tiket konsert Ungu. […]
LikeLike
[…] panggung bersorak sejurus Pasha Ungu muncul di The Star Theatre… melalui pintu […]
LikeLike
[…] juga berduet bersama Pasha, menyanyikan lagu Tercipta […]
LikeLike