Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Berita baik bagi anda yang ketinggalan membeli tiket konsert Dato’ Jamal Abdillah kelmarin.
Esplanade telah mengumumkan bahawa mereka akan menambah satu lagi hari bagi konsert penyanyi tersohor ini.
Selain 1 Januari, penyanyi yang popular dengan lagu Kepadamu Kekasih akan membuat persembahan di Esplanade pada 31 Disember jam 2 petang.
Tiket bagi konsert kedua ‘Aku Jamal… Perjalananku’ boleh dibeli secara dalam talian di Sistic mulai esok, 24 Ogos, 9 pagi.
Amboi, walaupun dah meningkat usia, tetap laku dan ramai peminat eh Jama Abdillah? Yelah, suaranya tetap power, kan!
Kalau tiket konsert kedua (atau pertama, sebab ia berlannsung sehari sebelum konsert 1 Januari) sold out, ini bermakna Jamal Abdillah akan menghiburkan lebih 3,000 penonton di Esplanade secara keseluruhan.
Untunglah diorang yang terlepas beli tiket, boleh tengok Jamal Abdillah sehari awal. Mungkin inilah ganjaran bagi mereka yang sabar menanti! Tiber.
Ni baru kalahkan Masdo!
Mungkin dengan peristiwa ini, Wings juga akan dapat konsert kedua di Esplanade?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sistic)
[…] Wings, konsert Jamal Abdillah pada hujung tahun juga ditambah baru-baru […]
LikeLike
[…] Kalau tak pun, mungkin akan tambah satu lagi konsert? Macam Wings dan Jamal Abdillah… […]
LikeLike
[…] hari yang sama, Jamal Abdillah juga akan mengadakan konsert solo sold out di […]
LikeLike