Untuk menyambut kedatangan tahun baru 2023, apa kata luangkan masa anda bersama empat pemuzik rok terkenal di Malaya?
Rab International bakal membawakan pemuzik tanahair serta Malaysia ke dalam satu konsert di bawah satu bumbung!
Konsert Rockl4sik yang akan berlangsung di Singapore Expo 31 Disember ini bakal dihiasi Ella dan Gersang dari seberang tambak manakala Rusty Blade dan Majesty mewakili Temasek.
Menurut Pengarah Operasi Rab International, ““Keempat-empat penghibur yang ditampilkan mempunyai rangkaian lagu ‘evergreen’ yang menjadi siulan hingga hari ini,”
Betul tu, siapa yang tak kenal lagu hits Retak dan Pertama Dan Terakhir, antaranya?
Tiket-tiket Rockl4sik yang bermula pada harga $98 dalam kategori Mantap hinggalah $388 dalam kategori Majlis masih boleh didapati di lelaman Sistic.
Pada hari yang sama, Jamal Abdillah juga akan mengadakan konsert solo sold out di Esplanade.
Selain itu, Rab Interantional juga akan adakan Malam Sweet Charity bagi pemain gitar legenda, Rosli Mohalim.
Gitaris Sweet Charity itu terkena serangan angin ahmar awal tahun ini. Sebahagian besar penjualan tiket ini akan disalurkan kepada Rosli serta Sweet Charity.
Acara yang berlangsung pada 19 November ini akan diadakan di Blue Lagoon @ 1 Shipyard Crescent. Anda boleh hubungi 9062 8060 atau 9111 8886 untuk dapatkan tiket.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sistic)