Saksikan Kingdoms Apart di panggung Esplanade baharu!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kalau korang nak sangat tonton pementasan di panggung terbaru Esplanade, Singtel Waterfront Theatre at Esplanade, apa kata dapatkan tiket untuk Kingdoms Apart?

Kingdoms Apart merupakan dongeng epik India The Mahabharata yang diberi nafas kontemporari agar kekal relevan dalam abad ini.

Kisah Pandava dan Kaurava — dua kumpulan saudara — berjuang untuk kuasa politik dan hak untuk mengambil alih takhta Hastinapura, sebuah kerajaan India.

Peperangan Kurukshetra berlaku sepanjang 18 hari sehinggakan melibatkan dewa-dewi. Kematian dan kemusnahan tidak dapat dielakkan di medan peperangan, sehingga semua terpaksa menghadap dharma mereka, iaitu kewajipan dan tujuan mereka dalam semesta.

Dihidupkan oleh barisan pelakon berbilang bangsa daripada Singapura, Malaysia dan Jepun, penonton bakal dihiburkan dengan kisah dongeng epik yang dibawakan ke abad ke-21. Antara pelakon dalam Kingdoms Apart adalah Ghafir Akbar, Brendon Fernandez, Matt Grey, Anne James, Neewin Hershall, Loong Seng Onn, Futoshi Moriyama, Farez Najid, Jean Ng, Edith Podesta, Lian Sutton dan Vadi PVSS.

Menarik sekali, penonton bukan saja dapat melihat mereka di hadapan, tetapi di sekeliling mereka! (adakah ini fungsi teater Singtel Waterfront Theatre at Esplanade?)

Ditulis dan diarah Chong Tze Chien, yang baru-baru ini menerima Pengarah Terbaik di The Straits Times Life! Theatre Awards 2022, anda bakal disajikan dengan berbilang media, boneka, kamera LIVE dan banyak lagi!

Kingdoms Apart akan berlangsung dari 23 hingga 27 November ini. Tiket-tiket bermula pada harga $44 boleh didapati di sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Esplande)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s