Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tatkala menjejakkan kaki ke dalam panggung terbaru Esplanade di Singtel Waterfront Theatre, tergamam dibuatnya!
Panggung yang menghidupkan kisah Kingdoms Apart amatlah besar dan gah, dan susunan tempat duduk mengelilingi pentas yang terletak di tengah-tengah panggung itu.
Sambil menantikan persembahan untuk bermula, minda saya tertanya-tanya bagaimana para pelakon akan melakonkan watak-watak mereka sambil berhubung dengan penonton yang berada di setiap penjuru mereka.
Selain itu, terdapat juga skrin-skrin di setiap sudut panggung Singtel Waterfront Theatre yang membuat pengalaman menonton Kingdoms Apart lebih mengasyikkan! Tidak kira sama ada kepala anda toleh kepada ke kiri atau kanan, anda tidak akan terlepas apa yang terpancar di skrin.
Menarik sekali, pentas lebar yang berada di tengah-tengah bukan satu-satunya ruang di mana barisan pelakon menghidupkan watak mereka. Penonton yang duduk di tepi atau belakang juga boleh menikmati lakonan dengan lebih dekat lagi.
Para pelakon akan muncul di tengah-tengah dan belakang barisan tempat duduk, di sudut tepi panggung, dan memasuki panggung dari bawah tempat duduk ala kat stadium gitew!
Kingdoms Apart, sebuah kisah epik India yang diberi nafas kontemporari, pasti menjadi kesukaan anda sekiranya anda merupakan seorang yang amat minat dengan kisah-kisah epik, peperangan, sejarah dan lain-lain sewaktu dengannya.
Pendek kata, macam tengok House of The Dragon lah! Pertelingkahan antara dua keluarga semata-mata untuk sebuah negara/kerajaan. Keluarga Pandava dan Kaurava fikir mereka masing-masing berhak dan akan lakukan apa saja demi memiliki apa yang mereka mahukan.
Dalam persembahan yang berbilang bahasa ini, anda boleh mendengar bahas Inggeris, Tamil, Melayu serta Jepun! Sari kata dipancarkan di setiap sudut so jangan risau ye. Tak boleh dinafikan bahawa apabila Vadi PVSS dan Futoshi Moriyama masing-masing bertutur dalam bahasa Tamil dan Jepun, feelnya lebih mendalam dok!
Sekiranya anda ingin menonton Kingdoms Apart, saya amat sarankan! Tapi, harap maklum bahawa pementasan ini lebih dari 3 jam dan akan berakhir pada sekitar jam 11 malam. Jadi kalau korang dah penat sebelum masuk panggung, bila cerita tu dabes konsperm penat tau.
Tapi memang best lah cerita arahan dan tulisan Chong Tze Chian ni. Lagi-lagi part klimaks di mana dua keluarga itu mula berperang. Segala efek visual, kesan bunyi, prop, puppetry dan macam-macam lagi membuat penonton benar-benar rasa seumpamanya penonton berada di medan perang!
Segala persoalan yang bermain di fikiran anda semasa menonton persembahan 3 jam ini akan terjawab di babak-babak akhir yang akan membuat anda amat fokus dengan apa yang terbongkar di atas pentas. Penuh aksi dan drama, merancakkan lagi konflik antara dua keluarga itu.
Kingdoms Apart akan berlangsung hingga Ahad ini. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Gambar: Crispian Chan, Ihsan Esplanade – Theatres on the Bay)
[…] Places & Things oleh Duncan Macmillan akan berlangsung di panggung Singtel Waterfront Theatre di Esplanade yang […]
LikeLike