Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Nampaknya Roslan Shah kenek stood up sekali lagi.
Pelakon popular Malaysia, Erry Putra, yang dipercayai sudah diberi reruai di acara Halal International 2022 yang berlangsung hari ini hingga Ahad belum buat sebarang persiapan di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre.
Menurut Instagram Story Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan, harga reruai $2,800 itu diberi secara percuma kerana niat baik Cik Lan yang ingin membantu pelakon drama Manjalara itu.


(gambar: IGS Roslan Shah)
Difahamkan Erry Putra memberitahu ‘orang lain’ bahawa beliau tidak dapat hadir.
Pihak penganjur juga sudah bertanyakan kepada Cik Lan akan status artis ini.
Apabila dihubungi, Cik Lan menulis di IGSnya dan berkata bahawa talipon tidak diangkat. Besar kemungkinan Cik Lan akan spill the T di sesi LIVE TikTok, FB dan IG?
Acara anjuran MegaXpress International itu turut dihiasi beberapa artis Malaysia seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Zaiton Sameon, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Keith Foo dan ramai lagi.
Pada bulan September, episod Roslan Shah vs Jamal Abdillah hangat berlaku gara-gara acara serupa juga…
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Roslan Shah, Erry Putra)
[…] adalah adegan duduk atas peha wanita, mencari PA sado straight, reruai Jamal Abdillah dan Erry Putra di acara expo […]
LikeLike
[…] adalah adegan duduk atas peha wanita, mencari PA sado straight, reruai Jamal Abdillah dan Erry Putra di acara expo […]
LikeLike