Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru saja lancarkan manifestonya bagi #GE2020.
Dengan slogan ManifestaSITI2020, terdapat xx perkara penting yang ingin calon bebas itu pertikaikan sekiranya beliau dipilih untuk mewakili SMC Causeway di Parlimen.
Antara isu-isu yang hangat dan kontroversial ialah Siapa Tak Mahu, Anta Permana dan 7 Nasihat.
Namun begitu, topik Kasihku Selamanya amatlah kontroversial sehinggakan ia tidak dibicarakan langsung… well not yet.
Anda boleh meneliti isu Kasihku Selamanya di YouTube
Beberapa jam sebelum melancarkan manifesto beliau, Dato’ Siti yang telah lama berkecimpung dalam industri ini dan berjasa kepada rakyat sempat memberi sedikit teaser menerusi YouTube.
Ibu anak satu itu mengeluarkan video menjelaskan topik ‘Aku Bidadari Syurgamu’ dengan lebih mendalam. Kurang daripada 5 jam ia dilancarkan, video tersebut meraih hampir 40,000 tontonan!
Apakah isu yang dekat dengan hati anda daripada manifestonya kali ini? Teratai Menjelma? Tertulis Nama Kita? Takhta Dunia? Atau Terang?
– Pengkritik Sandiwara
[…] dalam masa yang amat penting ini. Mungkin sehari suntuk korang baca artikel mengenai GE2020 atau manifesto mereka, dengan video kami, anda boleh rileks sedikit. […]
LikeLike
[…] Pemenang Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz, ada buat cover lagu Raya bersama penyanyi nombor 1 Malaya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza! […]
LikeLike
[…] anjuran MegaXpress International itu turut dihiasi beberapa artis Malaysia seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Zaiton Sameon, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Keith Foo dan ramai […]
LikeLike