Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekiranya anda peminat KC, pasti anda tertanya-tanya apakah yang akan diumumkan KC sampai dia buat countdown di Instagramnya!
Malam tadi di saluran YouTubenya, KC akhirnya umumkan projek yang sudah beliau rancangkan berbulan lamanya. Projek tersebut adalah……….. MERCHANDISE MALAM SERAM! Dan bukan sembarang merchandise tau, SAMBAL uolls!!!!!
Dinamakan Sambal Malam Seram, terdapat lima jenis perisa yang boleh sedia ada. Sambal Belacan Kronik Extreme, Sambal Kicap Kronik Extreme, Sambal Mala(M) Seram, Sambal Harum Keluak Malam dan Sambal Belacan Kronik. Semua sambal itu antara skala kepedasan 3 dan 5.
Kronik-kronik sambalnya. Yang penting, Pak Raden dapat peratus eh? Kronik tu Pak Raden trademark tak?
Merch kolaborasi bersama Wahyu Brand ini sepatut dilancarkan pada bulan puasa namun tergendala dek Covid19 dan CB, ujar KC di Instagramnya. Mujur akhirnya dah selamat dilancarkan. Memang masa yang sesuai pun! Sebab sekarang banyak online bisnes yang muncul, so ada competition sihat gitew!
Apabila merch ini diumumkan di YouTubenya, ramai peminat yang memberi kata-kata sokong dan tak sabar nak beli. Peminat dari Malaysia pun begitu jua! KC turut berterima kasih kepada isterinya, Fiza O, atas sokongan yang tidak pernah putus!

Sambal mana satu yang korang tak sabar nak cuba? Kreatif betul eh KC ada nama Sambal Mala(m) Seram wkwkwkwkwkw! Anda boleh dapatkan Sambal Malam Seram di https://www.sambalmalamseram.com/.
Semoga merch KC akan sukses selalu! Selamat maju jaya, KC!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: YouTube DJ KC)