Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
KC yang baru-baru ini telah berdiri solo dan mengembangkan salurannya sendiri di wadah video YouTube telah mencapai sejuta tontonan!
Dalam siaran yang dikongsinya di Instagram, KC menunjukkan statistik salurannya yang melebihi sejuta tontonan secara keseluruhan.
SEJUTA TONTONAN DALAM MASA KURANG SEBULAN.
Bila saya umumkan pemergian saya 3 minggu lalu untuk meneruskan impian penerbitan dalam talian sepenuh masa, sokongan yang saya terima di luar jangkaan. Kepada semua yang telah secara peribadi mengucap tahniah kepada saya, yang menunjukkan sokongan menerusi komen dan langganan di saluran YouTube saya, sokongan anda kuat dan lantang.
Dan TERIMA KASIH kepada anda. Kami dah lakukannya.
Rekod pertama saya: 1 juta tontonan dalam masa kurang sebulan.
Terima kasih semua.
Alhamdulillah.
Dan kepada penaja yang telah mendaftar dengan saluran atau wadah media sosial yang lain, selamat datang!!!
Di salurannya, KC mengadakan sesi rancangan LIVE bertajuk MALAM SERAM di mana dia mengongsi… kisah seram hampir setiap malam.
Salurannya mempunyai lebih daripada 100,000 pelanggan dari rantau ini.
Secara purata, setiap video mendapat sekitar 35,000 tontonan. Gempak! Kalau setengah daripada 35k tu dengar ‘live’, siapa dengar MJ12?
Beberapa hari yang lalu, KC juga telah mengongsi tangga podcast Spotify di Singapura.
Salurannya menduduki di tangga kedua dan ketiga, manakala saluran #OkLetsGo yang dikendali tiga sahabat, Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie tetap mendominasi carta tersebut.
Agak-agak… dengan peminat serantau KC, boleh tak KC rebut tangga pertama? Hmm…
Aneh sekali, gambar pameran (DP) KC di salurannya merupakan gambar yang dipetik semasa dirinya masih bersama Mediacorp.
Get that copyright check, sis!
Semoga KC akan terus maju jaya dalam perniagaan digital ini! Harap-harap penaja-penaja yang waras akan timbul di saluran KC!
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] yang kini mengendalikan rancangannya sendiri, Malam Seram, di YouTube dan juga Spotify mengongsi bahawa video Tik Tok Malam Seram telah menjangkau sejuta […]
LikeLike
[…] tadi di saluran YouTubenya, KC akhirnya umumkan projek yang sudah beliau rancangkan berbulan lamanya. Projek tersebut […]
LikeLike