Riuh satu kampung Twitter apabila mendapat tahu bahawa bahas politik pilihan raya #GE2020 hanya akan disiarkan dalam bahasa Cina dan Inggeris, tidak menghiraukan bahasa rasmi Melayu dan Tamil!
Tweet yang dihantar pengguna @vodkadaddy mendapat sebanyak 4000 kongsian. Tweet itu bertulis ‘Tak hairanlah orang fikir Singapura di China lol’. Tea.
Ramai warganet juga membuat spekulasi tersendiri mengapa tiadanya bahas Melayu dan Tamil. And of course we already know this, Singapore is a [redacted] country. WBK sis! Kidding.
Orang ramai jatuh cinta dengan calon Parti Pekerja Jamus Lim setelah sesi debat ini
Tapi apakah sebab SEBENAR-BENARNYA? Kenapa tiada bahas politik dalam bahasa negara dan bahasa rasmi Tamil?
Pengarah terkemuka, Sanif Olek memberi pendapatnya di Twitter!
Segelintir yang sama dengan bangganya berkata mereka tidak pernah tonton TV Melayu kerana lebih suka tonton rancangan penstriman/dalam talian kini mengadu kenapa tiada bahas Bahasa Melayu di TV Melayu setempat. Kekurangan bilangan (menonton TV) anda merupakan sebab utama mengapa tiadanya rancangan bahas Bahasa Melayu di TV.
Hmm… Siapa setuju? Tidak boleh dinafikan bahawa takde orang tengok Suria sebab rancangannya agak meh. Bukan takde rancangan bagus, ada! Cuma penonton lebih rela tonton drama yang lebih mengasyikkan! Gitew.
Tapi adakah jumlah penonton yang berkurangan sebab munasabah mengapa bahas politik tidak harus disiarkan di Suria? Saya pasti lebih daripada 50% orang yang menonton bahas Inggeris di Saluran 5 sebenarnya tidak pernah menonton sebarang rancangan di Saluran 5 sebelum ini! PERY@. So, kenapa Saluran 5 tiber siarkan bahas? Dapat menarik ramai penonton lagi.
Bukan ke dengan adanya bahas Melayu di Suria, ia akan membuat orang yang tidak menonton rancangan Suria, dan minat akan politik, akan tonton rancangan bahas ini? Like how the English debate has attracted a lot of viewers? Kalau sesi bahas Inggeris berjaya menarik ramai penonton hingga memes dilahirkan di socmed setelah debat itu, sesi bahas Melayu punyai potensi yang sama. Malangnya, ini tidak akan berlaku.
Sebagai kaum minoriti, kami ingin tahu apakah isu-isu dekat dengan hati masyarakat kita yang akan diperdebatkan di parlimen sekiranya calon-calon dilantik. Kasihannya, kami tidak akan dapat melihat calon-calon Melayu berdebat di TV. Atas sebab-sebab apa, tidak pasti.
Adakah kita sepatutnya menonton rancangan Suria untuk 4/5 tahun semata-mata untuk saksikan calon-calon Pilihan Raya berdebat sekali dalam 4/5 tahun? MAKE THAT MAKE SENSE! Lagipun, calon-calon Melayu sudah membuat ucapan mereka di Suria! So to say that tiadanya bahas Melayu sebab tak ramai bilangan penonton, then kenapa ada ucapan daripada calon parti politik Melayu? MAKE THAT MAKE SENSE 2.
Jadi, apakah sebab sebenar-benarnya mengapa tiada bahas dalam Tamil dan Melayu??????
Parti Pekerja (Worker’s Party) juga tidak menghantar wakil untuk sesi bahas Cina. Ini kerana tiada wakil yang mempunyai tahap kefasihan yang mendalam untuk berdebat, kata mereka.
Walaupun begitu, mereka kesal tindakan mereka kerana tidak menghantarkan sebarang wakil.
Konsultan Editorial AsiaOne memberi ulasan, “Tidak menghantar wakil kepada bahas Saluran 8 merupakan kesalahan sengaja dan berharga buat WP. Mereka memililh untuk tidak hiraukan heartland, sebuah demografik yang akan menentukan keputusan undian!”
Ok tapi pada masa yang sama:
Not having a Malay and Tamil debate was a conscious and costly error of [insert whoever responsible for not having debate in Tamil and Malay]. They chose to ignore the minorities, a demographic that will decide on the outcome of the polls!”
Secara peribadi, saya berfikir bahawa dengan tidak menghantar wakil untuk sesi bahas Cina, WP telah melakukan perkara yang bijak. Sebab… kalau tak boleh berdebat dalam 2 bahasa etnik, to be fair, tak perlu berbahas dalam bahasa etnik lain!!!!
Pada pendapat anda, mengapa tiada bahas dalam Tamil dan Melayu? Pada saya, antara sebabnya adalah tiadanya wakil-wakil yang mampu berdebat dalam Melayu dan Tamil dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, tiadanya debat dalam kededua bahasa itu (Pls note, saya kata antara sebab, there’s more sebab lol).
Tapi agak aneh eh kalau sistem GRC yang sepatutnya melambangkan pewakilan kaum minoriti, tapi tiada calon minoriti di mana penguasaan bahasanya begitu tinggi untuk mengadakan bahas panas! Hais…
Tapi kalau ada bahas Melayu, siapa agaknya akan mewakili setiap parti?
Parti Tindakan Rakyat (PAP): Masagos Zulkifli.
C’mon Minister of Muslim Affairs, adakah anda akan tersasul bila berbahas dalam Melayu?
Parti Pekerja (WP): Fadli Fawzi
Pasti beliau akan berpantun untuk merumuskan isu-isu yang dipertikaikan dalam bahasnya!
Parti Reform (RP): Noraini Yunus
Well, siapa lagi. Kalau dia diberi 4 minit untuk berhujah, confirm dalam seminit dabes sksksksksk.
Parti Kemajuan Singapura (PSP): Taufik Supan
Do we have a choice?
Parti Demokratik Singapura (SDP): Damanhuri Abas
Do we have a choice pt 2?
Titik Merah Singapura (RDU): Liyana Dhamirah
Do we have a choice pt 3?
Parti Rakyat Singapura (SPP): Osman Sulaiman
Dia banyak code-switching tho!!
Ok tu je! Parti-parti lain nye calon Melayu like tak wujud di socmed pun!!!
– Pengkritik Sandiwara
Inilah adalah pendapat peribadi
(Gambar header: Twitter sanifoo dan YouTube CNA)