Sertai ‘Listening Party’ ManifestaSITI2020!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Esok, tepat pada 12 malam, ikon Nusantara, Dato’ Siti Nurhaliza akan melancarkan album terbarunya, ManifestaSITI2020!

Mengikut pelancaran album-album masa kini seperti Chromatica, Future Nostalgia dan sebagainya, Tokti turut mengadakan Listening Party!

Anda boleh sertai Listening Party bersama Sitizoners yang lain sekiranya ada mempunyai akaun Spotify Premium! Ia akan berlangsung esok pada jam 9 malam. Jadi tak kisah lah korang kat Malaysia ke, Singapura ke, Indonesia ke, mana-mana ke, pada jam 9 malam waktu Singapura, anda boleh sertai Listening Party ini.

Terdapat juga jam countdown kalau nak periksa lagi berapa jam hingga acara ini bermula!

Bagi anda yang lebih old school, anda boleh tempah cakera padat ManifestaSITI2020 dalam talian.

Buat tempahan anda menerusi lelaman SNP. Tapi tu lah, delivery feenye RM82!!! Harga CDnya sendiri sekitar RM50. Jadi total dalam anggaran RM130. Harga SGD agak-agak $40ish. Hmm… Spotify je lah, sis!

Korang ghairah tak nak dengarkan lagu baru Tokti nanti? Dah hampir sesuku abad Tokti berkecimpung dalam industri nyanyian! Truly a legend!!

.

Korang akan sertai Listening Party tak?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: http://umusic.digital/manifestasiti2020/)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s