Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Selebriti setempat, Roslan Shah, mimpi bahawa dirinya mengahwini pempengaruh-usahawan terkenal, Dato Seri Vida.
Di Instagramnya, Roslan Shah baru-baru ini berkongsi bahawa peristiwa tersebut telah berlaku.
Ini kerana Roslan Shah, atau lebih manja lagi Cik Lan, sering membaca berita tentang DSV dengan PAnya, Iqbal Zulkefli. Sehinggakan terbawak-bawak sampai ke tidur!
Pada masa yang sama, Cik Lan berkongsi bahawa dia tidak mampu memberi Cik B dan Kacak sejuta ringgit sebulan. Tapi.. dia juga kata kalau dah JODOH, nak buat apa kan?
Setelah siarannya tular, Cik Lan sendiri menghubungi DSV untuk menghuraikan keadaan. Tiada sebarang publisiti murahan mahupun marketing semata-mata. Ia hanya sekadar mimpi, sebuah mainan tidur, gitew!
Cik Lan juga mengakui bahawa walaupun sifatnya yang lembut di luaran, dirinya tetap mempunyai sifat kelakian dan nafsu. Sebagai manusia, perubahan boleh berlaku.
Cik Lan berharap warganet akan hentikan kecaman terhadapnya. Betul tu, daripada kecam, asal tak beli rojak Cik Lan?
Namun, drama ini tidak terhenti di situ!
Diva Azwan Ali memekak di Twitternya dengan tuduhan dan kecaman terhadap Cik Lan!
Bacalah sendiri tweet-tweet Diva AA, Min taccod! Bila bintang-bintang retis tua dah memekak… konsperm takkan habis.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Roslan Shah, Dato’ Seri Vida)
[…] Dato Sri Vida! […]
LikeLike
[…] asal Singapura, Roslan Shah, dibawa ke hospital setelah rebah semasa penggambaran lintas langsung rancangan temu bual Wanita […]
LikeLike
[…] masa yang sama, Cik Lan turut menulis bahawa itulah masanya untuk Sajat bersatu dengan keluarga kerana Sajat tidak […]
LikeLike
[…] ini, Roslan Shah juga telah mengadakan sesi IG LIVE bersama Adi Putra di mana Roslan diberi ceramah sentap oleh […]
LikeLike
[…] penganjur juga sudah bertanyakan kepada Cik Lan akan status artis […]
LikeLike