Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Personaliti setempat, Rilla Melati, berjaya meraih Ijazah Sarjana dalam Pendidikan baru-baru ini.
Itulah yang dikongsi penerima Hadiah Persuratan (Sastera Kanak-kanak) tersebut, yang mengongsikan bahawa beliau akhirnya meyakinkan bapanya untuk merestui dirinya mengambil ijazah ini.
Di catatan Instagramnya, Rilla mengongsi bagaimana beliau memberi kepercayaan terhadap bapanya agar beliau dapat teruskan pengajian pascasiswazahnya.
Kata pengarah Mini Monsters itu, ia mengambil dirinya berdekad agar bapanya membenarkannya pulang ke sekolah.
Menurutnya, sebab-sebab yang diberinya tidak pernah berjaya meyakinkan bapanya kerana bapanya akan balas dengan ini, “Mak certificate macam-macam, nak graduate banyak kali, anak belum lepas sekolah lagi.”
Dua tahun lepas, apabila anaknya, Nadim, mempunyai 6 bulan untuk menamat pengajian IBnya, Rilla berkata kepada bapanya bahawa dia telah pun mendaftarkan untuk pengajian Ijazah Sarjana Pendidikannya di NIE (National Institute of Education). Lagipun, anaknya akan ke universiti dan ini bermakna dia telah pun melakukan tugasnya dan cukup bersabar.
Bukan itu saja, Rilla juga menggunakan geran SkillsFuturenya untuk membiayai 60% kos pendidikannya! Rilla berkongsi bahawa dengan kad ICnya, beliau telah mempergunakan segala hak seperti mendapatkan flat HDB, geran bagi Mini Monsters.
Singaporeans tak pakai entitilement rugi, gahmen punya money!
Rilla turut berterima kasih kepada individu-individu yang telah menyokongnya dalam perjalanan ini di siaran IGnya.
Rilla mengakhiri siarannya dengan mengatakan bahawa kadangkala dalam kehidupan, ia bukan tentang memberikan yang TERBAIK, tetapi TERBALIK – di mana impian masih boleh dicapai dari Z-A kerana dalam kita melengahkan cita-cita kita, kita sebenarnya membuka ruang, sumber dan tenaga for our children’s dreams to fly.
Tahniah kami ucapkan kepada Rilla, kami tumpang gembira untuknya.
Semoga sukses selalu!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Rilla Melati)
[…] Rilla Melati […]
LikeLike