Pahit manis 2022 dalam dunia Melayu SG

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

2022 merupakan tahun yang penuh keajaiban. Pemakaian pelitup muka dilonggarkan, jarak sosial ditiadakan, inflasi, kemelesetan ekonomi dan banyak lagi.

Namun begitu, masyarakat Melayu tidak pernah hilang bahan hiburan yang sering menghiasi socmed kita dalam kita menjalani kehidupan yang penuh kebosanan dan hiba.

Dengan itu, ayuh kita imbas kembali dengan kisah-kisah 2022 yang menjadi topik perbualan selama tahun ini!

Kehalalan Mr Bean dan Famous Amos

Kecoh satu Temasek apabila berita tergempar meledak di media sosial.

Pada bulan enam, jenama minuman soya terkemuka setempat, Mr Bean, mengumumkan mereka baru dapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Pada November pula, giliran biskut kegemaran ramai, Famous Amos, untuk menjunjukkan sijil halal MUIS di socmed!

Rata-rata, reaksi penduduk Melayu/Selam setempat amatlah… mengejutkan. Kenapa?

Ini kerana mereka menganggap jenama ini halal sebelum ini dan menelan produk tersebut tanpa waswas. Tapi terkejut beruk tatkala sijil halal mereka baru diluluskan.

Adakah mereka benar-benar terkejut atau berpura-pura tak tahu jenama ini sebelum ini tiada sijil halal MUIS?

Skandal The Malayan Council

No komen, luv. Kita tunggu masa je agar kebenaran menang!

Walau bagaimanapun, apakah antara makanan kegemaran anda di Malayan Council?

Kek Ondeh-ondeh mereka memanglah antara yang tersedap. Lagi-lagi bila dipadankan dengan aiskrim, amboi!

Tapi tu lah, harga mereka semua terhantuk! Makan time gaji je lah, dek non!

Iklan Samsung

Iklan Samsung yang menampilkan seorang drag queen Melayu bersama ibunya yang berhijab menerima kritikan daripada masyarakat Melayu/Selam setempat.

Namun pada masa yang sama, masyarakat Melayu/Selam juga aktif menyokong seni drag SG seperti watak yang kini sudah meninggal dunia seperti Wak Obek dan watak-watak dari Lepak One Korner.

Menarik sekali, kedua-dua watak drag ini pernah mendapat liputan akhbar Berita Harian Singapura.

Patutkah kita membenci sesetengah seni drag yang bercanggah dengan ajaran Islam dan meminati seni drag yang menegakkan ajaran Islam/Melayu?

Apa kata anda?

Pemansuhan 377A

Astaghfirullahalazim vibes I guess?

Yang penting orang lain main jubo kau yang rasa sakit. Pelik.

Iklan Hari Raya

Truly a moment! Hampir segala stereotaip Melayu muncul dalam iklan Raya pemerintah ini. Pada malam-malam Lailatul-cuddle, penganut Islam setempat huru-hara cari video asal yang ternyata terpadam.

Mujur Pengkritik Sandiwara ada segalanya!

Agak-agak tahun depan, iklan apa yang akan dikeluarkan?

Erwin Shah Dawson

Nak mula dari mana eh? Ala whatever it is, yang penting dia dah sara dari dunia lakonan! Alhamdulillah. Beliau juga percaya Covid adalah scam

Dengar-dengar sekarang dia nak berjinak-jinak bergusti. Ala macam Sham Rahman dan Juffri Alui gitu!

Mika

Apakah kebenaran kisah ini? Walaupun bukti terpampang di YouTube, ada pihak yang cuba menafikannya.

ILYHONEY vs Azula Cinta

Gurl. ILYHONEY sorang je dah macam-macam eh!

Tapi bila Azula Cinta called her out kat USS tu, sungguh ikonik. Kalau lah ada livestream, mesti pecah rekod tau!

Sampai ILYHONEY tak nak kerja kat USS HHN lagi. Kau rasa? Wanita STEM tak kerja kat USS. Rugi RWS tauuuuu.

Goh Chock Tong dan orang-orang

No komen.

A Mom Us The Podcast

Podcast ibu-ibu terkemuka ini dibubarkan atas sebab-sebab tertentu.

Dahulu berlima, kemudian berempat dan kini tidak lagi berpodcast.

Apa yang mengejutkan adalah halaman Instagram mereka dipadamkan namun setelah dibubarkan, ia hidup semula.

Apa cerita?

Aidil Arshad vs Hans Ashrie

Di socmed, keakraban persahabatan mereka tidak boleh dinafikan.

Alangkah terperanjatnya apabila kedua-dua mereka putus persahabatan secara terbuka di Instagram masing-masing!

Sebab mengapa ia berlaku masih menjadi tanda tanya…

Hans Ashrie kini pun sudah berumahtangga.

Lakonan Hanan

Ramai warganet Singapura diperkenalkan dengan lakonan Hanan atau phsha apabila video lakonannya mula mendapat perhatian di TikTok.

Rata-rata, ramai setuju bahawa lakonan pempengaruh itu bukanlah sehebat mana. 

Adakah ini mutu drama setempat Singapura di mana rupa menjadi faktor utama kelayakan seorang pelakon dan bukan kebolehan lakonannya?

Skandal-skandal Roslan Shah

Walaupun sudah berumur, personaliti ini kekal relevan dengan kontroversi yang melandanya.

Antaranya adalah adegan duduk atas peha wanita, mencari PA sado straight, reruai Jamal Abdillah dan Erry Putra di acara expo berbeza.

Bila dia nak sara dari industri hiburan? Semoga masuk Gegar Vaganza tahun depan!

Anak Metropolitan 4.0

Drama yang menciptakan sejarah, Anak Metropolitan kembali dengan musim ke-4.

Tapi musim terbaru ini tidak mendapat sambutan yang begitu positif. Ramai penonton (walaupun tidak menonton siri sepenuhnya) memberi reaksi yang negatif terhadap drama itu.

Konsepnya yang ala kongsi gelap tidak begitu disukai penonton kerana tiada kerelevanan.

Juffri Alui vs Sham Rahman

Ni paling mengelirukan.

Kedua-dua personaliti TikTok ini menafikan bahawa ini semua strategi pemasaran. Sama ada beef mereka autentik mahupun tidak, ia sudah pun diselesaikan di gelanggang gusti.

Walaupun ada masalah dengan sesi LIVE di Facebook, ia sudah dileraikan.

Anak Bulan Syawal

Riuh jadinya apabila negara jiran, Malaysia, mengumumkan bahawa mereka bakal sambut Hari Raya sehari sebelum Singapura.

Tiba-tiba, banyak asatizah tidak bertauliah muncul di alam maya Singapura menyoal kesahihan MUIS dan sebagainya.

Kelakar… konon dia yang lebih tahu, kan?

Fuad Rahman

Selang beberapa minggu tamatnya Gegar Vaganza 9, berita tentang kehidupan cinta Fuad Rahman meledak di socmed Malaya.

Fuad mengaku bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan romantis bersama peserta GV9 Tom, dan hubungannya bersama isteri kedua sudah dalam proses penceraian ketika berita ini didedahkan.

Baru-baru ini pula muncul sebuah video yang menunjukkannya bersama Tom berdansa dan berceria di dalam kereta. Amboi…

Ustazah Fatin Afikah

Dunia asatizah menjadi tonggang terbalik apabila seorang asatizah selebriti memuat naik sebuah gambar dengan kapsyen yang mencetuskan perbincangan hangat di Instagram.

Min tak nak komen banyak sangat sebab ini bukanlah forte Min. Tapi kelakarlah bila masyarakat warak tiber meletop!

Nasi Padang HFH

Tahukah anda bahawa Nasi Padang asalnya… Padang?

Ia mungkin satu perkara yang diketahui ramai umat Melayu di Singapura tetapi bagi seorang pakar pemakanan halal di sini, ia adalah perkara yang baru saja beliau pelajari!

Wawancara Deekosh

Deekosh yang kini di penjara atas kesalahannya pernah meluahkan dirinya di salah satu podcast Singapura iaitu… OKLETSGO. Namun, episod itu difahamkan tiada lagi. Kenapa?

gambar: Mothership

Ong Shunmugam

No komen luv.

gambar: 8Days

Ridwhannabe di Ria

Zuhairi Idris dengan Hafidz Rahman kat Ria aku masih boleh faham.

Tapi Ridhwan??? Min dengar pun cam kaku je budak ni. Masih ade ke tak ah?

Sabrina dan Mujahid putus

Pasangan comel molek yang pernah hiasi kaca TV tidak bersama lagi.

Sabrina Nasir telah mengumumkan dalam bentuk TikTok dan mendedahkan bahawa mantan matairnya telah curang kepadanya.

Video TikTok itu sekarang telah tiada lagi. Ekcili video tu sekadar trend yang “cheater” text kat muka Mujahid je.

Sabrina sudah pun keluarkan TikTok baru:

@_sabbyxoxo

when i was still clueless about the shits he do behind my back 🤟🏻

♬ original sound – lucia <3

Tapi, Mujahid belum keluarkan kenyataan.


Sejauh ini, itu sajalah yang dapat kami ringkaskan! Ada tak yang kami terlepas pandang? Cuba kongsi!

Apa pula peristiwa terpaling ikonik 2022 dalam dunia Melayu Singapura bagi anda?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s