Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
(tw: pedofilia, gangguan seksual)
Bergegar dunia TikTok SG tatkala video pendek oleh pengguna anaksetantapisoleh ini tular:
Pendek kata, video ini memberi fokus kepada exposé yang dilakukan oleh Oman Hakimi terhadap Mika (@880mika088). Kedua-dua mereka adalah pengguna/pendakwah TikTok terkenal dengan lebih 20,000 pengikut.
Korang tengok TikTok di atas dan fahamkan sebelum baca artikel ni ok?
Min tidak akan memberi pendapat yang terperinci kerana nak korang nilai sendiri. Korang boleh mulakan tonton video Oman yang dimuat naik di wadah YouTube.
Video ini dimuatnaikkan pada April tahun lalu dan setelah video TikTok itu tular, ia mendapati lebih banyak tontonan.
Oman juga telah memuatnaikkan beberapa lagi video menunjukkan bukti seperti video dan gambar tangkap layar (screenshot) perbualan mereka berdua.
Anda boleh tonton kesemua enam video itu di sini.
Oman juga telah berkata akan padam video-video tersebut, tapi bersyarat.
Oleh kerana video itu semua masih wujud (ketika tulisan ini diterbitkan), kami menganggap bahawa syarat yang diaju Oman belum lagi dilakukan oleh Mika.
Pada masa yang sama, Mika juga telah memuatnaikkan video di YouTubenya untuk menjelaskan perkara.
Malangnya video itu telah diperibadikan. Aik… menggelupur ke bang?
Terdapat juga video unlisted bertajuk ‘Forgiveness video by my very own dakwah brother’.
disclaimer: Min kurang pasti video mana yang muncul dulu.
Di TikToknya, Mika telah mengongsi video penjelasan ini awal hari ini:
Namun, ruang komen ditutup.
Oman juga telah mengongsi video reaksi terhadap TikTok Mika awal hari ini:
Beberapa bulan yang lalu, Oman telah berkongsi bahawa dia ‘bebas dari Mika’:
Mujur, Oman telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kita hanya boleh berharap tiada seorang akan menjadi mangsa setelah ini.
Apa pendapat korang? Min takut sebab semua ini dilakukan dalam nama Islam.
– Pengkritik Sandiwara
[…] kebenaran kisah ini? Walaupun bukti terpampang di YouTube, ada pihak yang cuba […]
LikeLike