Hujan turun di Sentosa tahun depan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kumpulan rok indie Malaysia, Hujan, bakal membuat persembahan di Singapura selang beberapa hari sebelum Ramadan tahun depan.

Di Instagram band yang popular dengan lagu Aku Skandal, Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada dan banyak lagi, dikatakan bahawa mereka akan membuat persembahan dalam konsert bersiri ‘Singapore Rockfest 2023’ pada 18 Mac 2023 di The Coliseum™️, Hard Rock Hotel Singapore, Resorts World™️ Sentosa.

Tiket-tiket early bird yang baru sahaja dijual hari ini sudah pun laris! Amboi Raingers, happening korang!

Anda masih boleh dapatkan tiket harga biasa di Sistic.

Sebelum ini, Bunga Citra Lestari pun pernah adakan konsert di Sentosa.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sistic)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s