Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Mulai bulan lima nanti, peminat Aina Abdul akan disajikan dengan konsert solonya yang akan merantau di Singapura dan Malaysia.
Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 akan bermula di Kota Singa sebelum menjelajah ke negeri-negeri di Malaysia.
Itulah yang dikongsi Aina dalam sesi M&G di konsert A Night To Remember Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Beliau juga akan membuat konsert di Johor tetapi lokasi belum didedahkan.
Semasa sesi M&G di Singapura beberapa bulan yang lalu, Aina berkongsi bahawa konsert 3.0nya akan ke Johor, Penang, Sabah dan juga Kuala Lumpur, selain Singapura.
Difahamkan bahawa Sah Entertainment akan membawa Aina ke sini! Bila jual tiket niiiii?
Sebelum ini, Aina pernah membuat persembahan di Singapura di mana beliau bernyanyi bersama Pasha di konsert Ungu di Star Theatre serta menjadi salah satu penyanyi undangan untuk rancangan President’s Star Charity 2022.
– Pengkritik Sandiwara
gambar header: FB Aina Abdul
[…] begitu, Min sedar bahawa segala maklumat mengenai konsert Aina Abdul di Singapura telah ditiadakan di IG Sah Entertainment serta Linktree mereka. […]
LikeLike