Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bagi peminat muzik Indonesia, pasti korang teruja dengan kandungan yang dikongsi di Instagram Sah Entertainment baru-baru ini, kan?
Admin IG tersebut telah membocor tarikh konsert dua acara yang bakal berlangsung di Singapura tahun ini! Peminat Rossa dan ST12 pasti tak sabar.


Menurut IGS mereka, band yang popular dengan lagu P.U.S.P.A., Jangan Pernah Berubah dan Cari Pacar Lagi itu akan membuat persembahan mereka pada 27 Mei yang berjudul ST12 Reunion.
Rossa pula akan kembali ke Singapura pada 12 Ogos. Kedua-dua konsert ini akan berlangsung di The Star Theatre.
Bukan itu saja, Sah Entertainment juga mungkin akan membawa Neyo ke Singapura! Kita doakan yang terbaik buat mereka, ya?
Sekiranya ia berlaku, Sah Entertainment akan menjadi yang pertama untuk mengundang Neyo ke Kota Singa!
Pada masa ini, tiket Wali Band yang berlangsung pada 25 hari bulan ini masih boleh didapati di Sistic. Ia juga dianjurkan oleh Sah Entertainment.
Namun begitu, Min sedar bahawa segala maklumat mengenai konsert Aina Abdul di Singapura telah ditiadakan di IG Sah Entertainment serta Linktree mereka. Eh?
Kelmarin, Melly Goeslaw telah menghiburkan penonton Malaysia dengan lagu-lagu klasiknya seperti Kubahagia, Gantung, Pujaanku dan banyak lagi di Kuala Lumpur. Bila Melly nak datang ke Singapura?
So… korang simpan duit dan pastikan tarikh tu korang free tau untuk tengok konsert ST12 atau/dan Rossa! Sama-sama kita tunggu maklumat lebih lanjut daripada Sah Entertainment untuk beli tiket!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Sah Entertainment)