Pangdemonium buka musim 2023 dengan People, Places & Things

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pangdemonium bakal mulakan musim 2023 mereka dengan pengalaman teater yang menggemparkan, lain daripada yang lain! Penerbitan terbaru mereka bakal papar kepahitan penyalahgunaan dadah dan ketagihan. (Muslim sejati jauhi dadah vibes)

People, Places & Things oleh Duncan Macmillan akan berlangsung di panggung Singtel Waterfront Theatre di Esplanade yang baharu.

Oleh kerana tempat duduk panggung ini mampu bertukar mengikut penyesuaian persembahan, Pangdemonium telah memilih untuk mengadakan tempat duduk di mana penonton akan mengiringi pentas di sebelah kanan dan kiri (traverse theatre staging) untuk pengalaman yang menyeluruh. Wow, menariknya!

Dalam pementasan yang diarah Tracie Pang ini, watak Emma (Sharda Harrison), seorang pelakon yang kehilangan diri dalam watak yang dia hidupkan, serta barang-barang yang diaduk dan ditelan sehinggakan dia menyoal identiti tersendiri – versi manakah yang dirinya sebenar?

Turut dibintangi Daniel Jenkins, Jamil Schulze, Keagan Kang, Krissy Jesudason, Rebecca Ashley Dass, Rebekah Sangeetha Dorai, Shane Mardjuki, ShonaBenson, Tan Guo Lian Sutton, dan Vicky Mintey, People, Places & Things akan berlangsung pada 25 Mac hingga 9 April.

Tiket-tiket bermula pada harga $35 boleh didapati di Sistic.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Pangdemonium)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s