Konsert paling gempak 2022

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

2022 hampir ke penghujungnya dan antara perkara positif yang muncul tahun ini adalah pengembalian konsert!

Setelah dua tahun menyepi, penyanyi kegemaran anda pasti sudah atau akan menjejakkan kaki ke Singapura untuk membuat konsert mereka. Ataupun, anda sendiri ke negara asing demi menonton mereka secara langsung.

Oleh kerana Min pun dah tonton agak banyak konsert tahun ini, ayuh kita lihat konsert mana yang paling gempak gitew. Harap maklum bahawa ini merupakan pendapat Min sendiri ok?

7. Ungu

Tidak boleh dinafikan bahawa konsert Ungu di Singapura dua bulan lalu amatlah menghiburkan sekali. Tapi pada masa yang sama, Sah Entertainment sebagai penganjur boleh perbaiki lagi mutu persembahan agar konsert-konsert akan datang akan menjadi lebih rancak!

Seumpamanya lighting yang agak huru-hara gitew… Selain itu, Pasha yang menggesa orang ramai untuk sorak encore seolah-olah membuatkan suasana atau permintaan encore itu agak tidak autentik kayaknya.

6. Playlist Live Festival 2.0

Meskipun ramai artis Indonesia yang menghiasi pentas-pentas di Playlist Live Festival tahun ini, banyak yang boleh diperbaiki bagi menentukan konsert yang lebih disenangi penonton.

Baik dari segi crowd control, kebersihan, keselamatan dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak dapat menikmati hari kedua, konsert di Bandung itu satu peristiwa 2022 yang akan terpaut di benak fikiran Min buat selama-lamanya! Vibe penontonnya seru banget. Yang penting dapat tengok Mulan Jameela LIVE deh.

5. Pesta Raya Fenomena

Fenomena merupakan antara konsert pertama yang diadakan setelah sekatan Covid-19 diringankan di Singapura. Ketika itu, jarak sosial tidak diperlukan lagi tetapi pelitup muka masih wajib dipakai.

Boleh terasa dalam panggung Esplanade bahawa ramai yang amat merindui konsert LIVE dan apabila tiga generasi penyanyi – Hady Mirza, Sufie Rashid dan Jatt Ali – bergabung di pentas, penonton amat gembira sekali.

Kehadiran Ernie Zakri dan Syamel mengubat rindu penduduk Singapura yang teringin melihat penyanyi Malaysia itu secara langsung!

4. BCL Blossom

Menonton Bunga Citra Lestari beraksi di Resorts World Sentosa rasanya seperti menonton sebuah teater muzikal.

Ini kerana BCL mengisahkan kisah hidupnya melalui lagu-lagu yang dinyanyikannya.

Penonton dapat menjenguk ke dalam kehidupannya dan mengenalinya dengan lebih mendalam lagi.

Tapi sedihnya, takde encore!

3. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, A Night To Remember

Walaupun masa yang didedikasikan untuk Tokti agak singkat, persembahan eksklusif ini memang satu acara yang tidak boleh dilupakan.

Persembahan di Persada Johor ini menjadi teaser kepada konsert skala besar yang bakal beliau jayakan, InsyaAllah.

2. A Night with Aina Abdul 2.0

Konsert Aina Abdul ini adalah konsert pertama yang Min tonton di luar Singapura!

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana telefon harus dimasukkan ke dalam plastik hitam dan sebarang rakaman diharamkan.

Memang kesal tak pergi dua-dua hari sebab konsert hari kedua, busana Aina lebih padu!

Mendengar suara lunak Aina secara langsung di Istana Budaya membuat Min cair sebab memang merdu sekali. Macam nak nangis! Tak sabarlah nak tonton konsert Aina 3.0 pulak…

1. Anuar & Ziana Zain

Meletop!

Gandingan dua beradik ini meletakkan piawaian konsert LIVE amat tinggi sekali. Suara mereka yang lantang diselitkan dengan jenaka yang mencuit hati.

Kecoh satu panggung bila Anuar Zain turun untuk mendekati peminat, satu malam yang pasti membuat akak-akak tak boleh tidur!

Yang paling best bila ada sesi permintaan lagu. Penonton sahut saja apa lagu yang mereka nak dengar dan dua beradik ini nyanyikan!

InsyaAllah, tahun 2023 akan dipenuhi dengan lebih banyak konsert di Singapura yang seronok dan mengasyikkan! Wali Band akan ke Singapura, korang dah beli tiket?

Pada pendapat uolls pula, konsert apa paling gempak tahun ni?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s