Konsert Aina Abdul 3.0 bakal ke Sabah, Penang, Johor dan KL!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam sesi Meet & Greet Aina Abdul di Singapura semalam, penyanyi asal Johor itu berkongsi bahawa konsert A Night With Aina Abdul 3.0 bakal ke empat lokasi.

Seperti yang dijanjikan Aina pada konsert solonya sebelum ini, beliau bakal membawa konsertnya menjelajah beberapa lokasi di Malaysia dan jika diberi rezeki, ingin menebus pasaran di rantau ini.

Aina mendedahkan kepada peminatnya di sesi Meet & Greet yang berlangsung di Muslim Delights Changi semalam bahawa Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 dalam perancangan dan insyaAllah bakal ke Sabah, Penang, Johor serta Kuala Lumpur pada 2023.

Peminat Singapura memberi respons positif dan mengajak Aina untuk buat konsert di Kota Singa, dah alang-alang ada konsert kat Johor katakan!

Selain itu, Aina juga sedang sibuk menyiapkan beberapa buah lagu dalam Bahasa Inggeris kerana amat merindui menyanyikan lagu-lagu Inggeris dan akui bahawa segelintir peminatnya juga inginkan lagu Inggeris.

Antara lagu Inggeris Aina ialah Fool, Shadow dan Ghost.

Tambahan pula, Aina juga bakal bekerjasama untuk mencipta OST bagi sebuah projek di Indonesia.

Menurut Aina, dalam konsert 3.0 beliau ingin mengisi seberapa banyak lagu tersendiri. Berbanding konsert 2.0 yang mempunyai cover-covernya yang popular dari zaman YouTube serta zaman pertandingan realiti seperti The Masked Singer Malaysia.

Penyanyi suara lantang itu juga bakal kembali ke Singapura bagi persembahan secara langsung di President’s Star Charity 2022.

Anda boleh saksikan President’s Star Charity 2022 di Saluran 5 pada 30 Oktober nanti.

Pada Disember pula, Aina bersama Khai Bahar akan menjadi artis jemputan bagi konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

Ala, konsert A Night To Remember kat Persada Johor je. Dekat lah kalau peminat Tokti, Aina atau Khai Bahar nak jenguk mereka!

Sabtu lepas, Aina telah membuka tirai bagi konsert Ungu di Singapura.

Aina juga berduet bersama Pasha, menyanyikan lagu Tercipta Untukku.

Semoga kerjaya Aina Abdul akan bertambah sukses! Konsert solo kat Temasek ok? Amin!!!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Aina Abdul)

p.s.

Sesi Meet & Greet Aina Abdul macam tak berbaloi kot $88… Sepatutnya 12 tengahari sampai 3 petang tapi dia datang lambat and balik awal. Abeh yang penting emcee baca biodata bulat-bulat dari Wikipedia.

Walaupun begitu, sesi yang cukup intim dan seronok!

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s