Make Hantus Great Again buat penonton tak kering gusi

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Terbahak-bahak satu panggung Funan menonton pementasan terbaru Teater Ekamatra berjudul Make Hantus Great Again yang berlangsung sempena musim Halloween ini.

Gelagat barisan pelakon (Hafidz Rahman, Munah Bagharib, Azizul ‘Izzy’ Mahathir, Farah Lola, Jamil Schulze, Neo Hai Bin, dan Norisham Osman) memainkan watak-watak hantu seperti Pontianak, Vampire dan sebagainya dalam sebuah sketsa bertemakan politik membuat kisah ini lebih menarik untuk ditonton.

Namun, apa yang benar-benar membuat karya ini mencuit hati adalah gerakan badan serta bahasa yang digunakan, bukan inti ceritanya.

Isu-isu yang diketengahkan dalam persembahan ini amatlah relevan dalam konteks masa kini, terutama sekali kepada penonton Singapura. Cuma ia dikongsi melalui premis makhluk ghaib.

Bukan itu saja, ada kalanya topik yang dikupas boleh dikatakan sebagai terlampau woke.

Make Hantus Great Again juga bercita-cita tinggi untuk menyampaikan pelbagai isu dalam satu persembahan yang agak singkat sehinggakan isu yang ingin ditonjolkan tenggelam dalam jenaka yang diselitkan dalam pementasan ini.

Terutama sekali watak Humphrey yang senantiasa gian tak tentu pasal, menyebabkan perhatian kepada isu genting mudah dilupakan akibat kelakuan wataknya.

Sekiranya anda tonton karya ini untuk bersuka ria dan ketawa, anda pasti terhibur dengan lakonan mantap bintang-bintang teater yang amat berpengalaman.

Tapi jika anda ingin tonton sebuah pementasan teater dan pulang dengan pelbagai persoalan yang membuat anda lebih cerdik, anda mungkin akan dihampakan.

Tiket-tiket masih boleh didapati di Sistic untuk persembahan pada Ahad ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Teater Ekamatra)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s