Politik hantu dikupas dalam Make Hantus Great Again

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda ingin tonton persembahan teater yang seram tapi kelakar dan penuh unsur satira, apa kata uolls beli tiket bagi Make Hantus Great Again oleh Teater Ekamatra?

Berlangsung pada 28 dan 29 Oktober di The Ngee Ann Kongsi Theatre @ Wild Rice Funan, penonton akan diajak menyaksikan Pilihan Raya bagi Convention of Metaphysical Entities (COME), badan pentadbiran untuk makhluk halus dan sewaktu dengannya di Singapura.

Setiap jenis hantu akan menghantar calon, dengan agenda mereka tersendiri. Siapakah akan mara dalam pilihan raya ini? Undian anda akan menentukan kehidupan (atau kematian?) mereka!

Ditulis oleh Suffian Hakim (penulis Harris Bin Potter and the Stoned Philosopher), Make Hantus Great Again diarah oleh Rizman Putra dan dibintangi oleh Hafidz Rahman, Munah Bagharib, Azizul ‘Izzy’ Mahathir, Farah Lola, Jamil Schulze, Neo Hai Bin, dan Norisham Osman.

Sekiranya uolls suka tonton pementasan Teater Ekamatra seperti Bangsawan Gemala Malam, ni mesti tonton tau!

Tiket bagi Make Hantus Great Again boleh didapati di Sistic.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sistic)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s