Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Usahawan selebriti terkenal Australia, Nur Sajat Kamaruzzaman akan muncul di acara The Wedding Asia anjuran Mega Express International.
Menurut siaran Instagram @megawedding.sg, usahawan bengkung itu akan berada di reruai nombor L9 di Singapore EXPO Dewan 5A pada 16-18 September ini.
Sajat, seorang personaliti internet yang popular asal Malaysia kini berpangkalan di Australia. Beliau juga aktif berceramah tentang topik berkaitan hak asasi golongan LGBTQIA+.
Baru-baru ini, pemansuhan 377A diumumkan PM Lee. Pada masa yang sama, insititusi perkahwinan dikekalkan hanya antara lelaki dan wanita.
Adakah dengan kemunculan Sajat, seorang transgender, ke sebuah acara perkahwinan di Singapura akan munculkan kemarahan dalam diri warga konservatif Singapura?
Adakah kita sebagai masyarakat Melayu/Islam sedia menerima bahawa transwomen are women dan transmen are men, sekaligus membiarkan mereka mengahwini jantina berbeza?
Adakah kedatangan Sajat pemangkin bagi golongan puak LGBTQIA+ untuk bersuara tentang hak berkahwin pula? Apa pendapat uolls?
Pada bulan puasa yang lalu, ada desas-desus bahawa Sajat bakal ke bazaar Geylang tapi ia tidak menjadi realiti… (sebelum pemansuhan 377A).
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG megawedding.sg, YouTube Prime Minister’s Office)
Dah tak payah kau nak jadi batu api.
Dia dtg jual products dia. Kau sebok kata dia nak kawin pulak apa hal?
Kat Oz tu nak kawin pun boleh .. kenapa pulak nak kat Sg?
#dasarartakmenjadi
LikeLike
??? lu ada baca tak artikel ni wei
LikeLike
[…] lepas, huru-hara satu Malaya apabila mendapat tahu bahawa personaliti internet popular, Nur Sajat, tergendala di Lapangan Terbang Changi […]
LikeLike