Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kembar popular Malaysia, Upin & Ipin bakal menemu peminat Singapura bulan depan.
Siri animasi popular dari seberang Tambak, Upin & Ipin akan mengadakan muzikal di Stadium Tertutup Singapura pada 18 Disember nanti.
Berjudul Teater Muzikal Upin & Ipin: Pin Pin Pom!, si cilik akan dihiburkan dengan kisah menarik kembar comel itu bersama rakan-rakan.
Dalam persembahan yang hanya akan berlangsung pada satu hari saja di Singapura, Upin, Ipin serta kawan-kawan hidup dengan aman dan gembira di Kampung Durian Runtuh.
Namun, pada suatu hari, Upin dan Ipin telah terjumpa batu delima sakti. Rupa-rupanya, ia adalah milik Nenek Kebayan yang durjana. Upin dan Ipin berubah menjadi pahlawan magik untuk melawan Nenek Kebayan tersebut.
Adakah mereka mampu untuk mengalahkan Nenek Kebayan dan mengekalkan keamanan Kampung Durian Runtuh?
Ayuh, bawa si cilik menonton kartun kegemaran mereka! Tiket-tiket boleh didapati di Sistic.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar: Sistic)