Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, tular satu Malaya dengan video Upin & Ipin di mana watak Fizi menyatakan bahawa syurga di telapak kaki ibu. Menurut Fizi, oleh kerana ibu adik-beradik kembar itu sudah meninggal dunia, Upin & Ipin tak dapat cium syurga.
Fizi sedar bahawa dia tercakap perkara yang salah. Kesian Fizi sampai termimpi-mimpi sebab berdosa!
Ramai warganet yang kurang puas hati dengan insiden ini dan ingin watak Fizi ini meminta maaf. Memang tak boleh dinafikan bahawa kuasa internet ni mujarab eh? Beberapa minit yang lalu, Les’ Copaque telah pun mengeluarkan video di mana watak Fizi meminta maaf daripada Upin dan Ipin menerusi panggilan video!
Macam influencer pulak. Dah terbuat silap, buat public apology hahaha.
Tapi ini menimbulkan persoalan. Haruskah watak animasi/kartun memohon maaf atas kelakuan mereka walhal watak mereka kanak-kanak innocent? Bukankah sketsa itu menunjukkan realitinya kehidupan si cilik? Di mana mereka kata saja apa mereka nak tanpa berfikir. Lumrah si kecil kan begitu? Dengan ‘memaksa’ watak Fizi untuk meminta maaf, ia seolah-olah mengganggu the authenticity of his character?
Seperti yang tertera di atas, watak Fizi ni lurus sebenarnya!
Namun begitu, syabas kepada Les’ Copaque kerana mengatasi isu ini dengan penuh kreatif sekali! Sesuatu yang boleh dipelajari oleh kededua dewasa dan kanak-kanak. Serta syarikat-syarikat di luar sana bagaimana nak damage control!
Pengarah siri Upin & Ipin telah menjelaskan isu ini. Katanya, videonya telah menyentuh hati masyarakat. Apakan tidak, memang benar perkara sebegini pernah terjadi dalam kalangan anak-anak kita. Dan kita sebagai orang dewasa yang menonton sepatutnya mendidik anak-anak kita setelah menonton bersama. Itulah yang harus dilakukan apabila menonton siri animasi yang berpendidikan! Mendidik si kecil.
Selamat Hari Raya semua!
– Pengkritik Sandiwara
[…] animasi popular dari seberang Tambak, Upin & Ipin akan mengadakan muzikal di Stadium Tertutup Singapura pada 18 Disember […]
LikeLike