Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dengan keadaan di Amerika Syarikat serta seluruh dunia yang mengadakan bantahan demi kesaksamaan dan penghentian kebencian berbaur kaum, selebriti Melayu setempat turut menggunakan wadah mereka untuk bersuara.
Beberapa daripada mereka telah meluahkan perasaan mereka mengenai kes George Floyd dengan mengongsi gambar-gambar di Instagram Story mereka serta cara-cara bagaimana kami, penduduk di Singapura boleh menyokong pergerakan antiperkauman ini.
Selain itu, mereka juga telah memuatnaikkan gambar kotak hitam dengan hashtag #BlackoutTuesday untuk menunjukkan sifat perpaduan mereka.
Antaranya adalah Aaron Khaled, Nurul Aini, Erwin Sh, Kalysa Aziz Yeo, Wirda Elliesa, Erwin Shah Ismail, Art Fazil, Fiza O, Alyph, Fatimah Mohsin, Sarah Aqilah, Raja Zulfikaar, Sheiryn Aisiqa dan ramai lagi.
TBH, kami agak terkejut melihat selebriti Melayu setempat bersuara kerana tbh selama ini, mereka takde pun bersuara kalau kaum sendiri yang ditindas, lagi-lagi kalau there’s almost no minority representation in the media. But hey, it’s nice to see change 🙂
Namun begitu, ada beberapa individu berpendapat bahawa dengan memuatnaikkan gambar kotak hitam di Instagram sebenarnya tidak memanfaatkan.
Orang ramai digesa untuk mengelakkan daripada mengguna tanda pagar #BlackLivesMatter, #DefundThePolice, #ProsecuteKillerCops apabila memuatnaik gambar hitam yang menunjukkan perpaduan, menurut Instagram Amber Riley.
Ini kerana jika anda memuatnaikkan gambar kotak hitam dengan tanda pagar #BlackLivesMatter, #DefundThePolice atau #ProsecuteKillerCops, ia akan hancurkan algorithm serta melupuskan siaran yang mempunyai maklumat penting mengenai pergerakan BLM ini, seperti yang dijelaskan dalam video di atas.
YouTuber terkenal, Hirzi, juga telah bersuara dan berkata bahawa masyarakat Melayu boleh menyalurkan amarah ini terhadap isu-isu yang lain yang berlaku di bukan saja di Singapura, malah di dunia, tak kira masa.
Jika anda ingin menyokong atau derma untuk pergerakan BLM, ikuti bebenang ini di Twitter dan klik sini (courtesy of Hirzi).
Kami akan menulis tentang penggunaan istilah N dalam kalangan masyarakat/belia Melayu soon. 🙂
– Pengkritik Sandiwara
[…] yang dirakam pada 2016 itu. Kenapa Ibnur memuatnaikkan video itu ke Twitternya (@ibbybitch) dalam masa genting ini di mana rusuhan sedang berlaku di Amerika […]
LikeLike