Mr. BalleriNO: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Apabila mendapat tahu bahawa Suria akan menayangkan sebuah drama bertajuk Mr. BalleriNO, tak pasti sama ada harus menangis atau gelak.

Menangis sebab Suria pun dah terikut-ikut trend drama Malaysia yang ada ‘Mr…”. Gelak sebab drama Melayu setempat tampilkan tarian ballet sebagai fokus jalan cerita.

Tengok poster tu! “Love, en pointe!”

SEPATAH HARAM SATU PERKATAAN MELAYU PUN TAKDE DALAM TAJUK MAHUPUN TAGLINE. Pui!!!

Sebelum menonton episod pertama Mr. BalleriNO semalam, jangkaan terhadap drama ini amatlah tinggi. Saya ingin melihat para pelakon dalam drama ini, Lydia Asyiqin, Yuslina Yussof, Iskandar Shah, Iswan Ismail dan Cassandra Spykerman melalakukan segala gerak tari ballet dengan sempurna. Give us Black Swan realness!

I wanna see relevé, plie, CAN U EVEN GET FIRST POSITION RIGHT?

Tapi setelah menonton drama ini, tak perlulah nak sempurna semua. Nak tahu kenapa? Sebab mereka ni belajar ballet sebagai elektif di sekolah. Adalah aku fikir mereka ni betul-betul penari ballet sepenuh masa!

Kisah Mr. BalleriNO ni tentang watak Hilal Salim (Iskandar Shah), seorang pelajar dalam bidang filem yang termasuk kelas ballet kerana inginkan watak Myra Ghazali (Lydia Asyiqin) untuk berlakon dalam filem FYPnya. Dan untuk ‘memikat’ hati si Myra, dia sertai ballet untuk kenali Myra.

Tapi si Myra tahu Halil join ballet bukan sebab minat, tapi nak berkawan dengan dia. So konon ada konflik antara dua watak ni lah but we all know diorang akan jatuh cinta???? I mean this is Suria, plot cerita selalu sama.

Yang watak lain belum pasti apakah kepentingan mereka dalam drama ini tapi watak ibu Halil kelakar hahahahah.

Ibu Halil seorang janda dan guru silat. Dia telah membuka akaun mencari cinta. Gitew! And obviously guys on those apps nak seks, terus dia delete app tu 😦

Si watak Jasmi “Jay” Rashid (Iswan Ismail) pula ni macam mangsa buli?

Boleh jelaskan adegan ni tak?

Si Halil kenal Jay masa kelas elektif ballet, dan mereka rapat mulai itu. Tapi peliknya, bila guru ballet mintak volunteers buat pas de deux (partner work), mereka berdua volunteer??????? Lelaki angkat lelaki??? Padahal ramai wanita yang boleh diorang angkat tau???? Ni lah masalahnye bila Suria nak buat drama berfokuskan ballet. Harus ‘halal’. Watak-watak kalau boleh jangan sentuh the opposite sex. Nasib ada penari non-Malay yang boleh lakukan itu. I wanna see how long they gonna do this.

Takkan ballet diorang nak halal? Dah lah pergi training pakai tshirt! Apa je. Rimas aku tengok. For guys ok lah kot pakai tshirt, for girls???? Tapi takpe sebab ni kan kelas elektif!

IKR…

Watak Elena Talib (Yuslina Yussof) ni agaknya rival kepada watak Myra… kot? Entahlah. Tapi Elena ni macam bengis je!

Selain itu, Suria should stop misrepresenting kehidupan kolej??? Like???????? Mereka fikir kita hidup di US tau????? Ape je!!!!!

Episod 1 hingga 4 telah dimuatnaikkan ke MeWATCH. Hmm kalau ada mood mungkin akanku watch. Kalau tak, tak perlulah drama sebegini.

Kenapa mereka tak memfokuskan tarian Melayu eh? It’s good that it’s focusing on ballet tapi pada masa yang sama, banyak pengorbanan yang mereka terpaksa lakukan untuk look konservatif. I’ll be expecting the actors to do some high level ballet realness pada episod terakhir. No less, ma’am. If Suria wanna go all out might as well go big.

Tinggalkan komen