Kugiran Masdo kembali ke SG buat kali ketiga

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda sudah terlepas melihat mereka sedang mereka membuat persembahan di Singapura, ini mungkin peluang keemasan anda.

Kumpulan popular, Kugiran Masdo, akan pulang ke Singapura buat kali ketiga untuk bertemu peminat Singapura.

Menurut Instagram Sah Entertainment yang dikongsi semalam, konsert Masdo kali ini diberi judul Malam Pesta Rock N’ Roll.

Ia juga dibawakan khas oleh Rumi The Poet’s Cup dan The Vito Stage.

Di siaran Rumi, lebih banyak butiran dikongsi.

Konsert ini bakal diadakan di The Star Theatre pada 26 November kelak. Penjualan tiket bakal diumumkan pada 10 Oktober nanti sempena 10.10. 17 Oktober.

Sebelum ini, Masdo menghiburkan orang ramai di Esplanade sempena Pesta Raya 2022. Sambutan bagi konsert sulung mereka di Singapura begitu hangat sehinggakan pihak penganjur mengalihkan mereka ke ruang yang lebih besar.

Konsert berjudul Pesta Muda Mudi itu sold out.

Kumpulan pop-ye-ye asal Malaysia itu juga pernah ke acara Gegarfest Julai lalu.

.

Best kan banyak konsert? Min tak nak dengar korang terlepas peluang lagi eh… Star Theatre tu sebesar alam nokkkkk. Haritu tengok Anuar dan Ziana Zain je dah cukup gempak dengan lebih kurang 3000 penonton!

Mungkin kali ni Sah Entertainment akan bukak semua seats sampai penuhkan 5000 tempat duduk?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Rumi The Poet’s Cup)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s