D’Masiv kembali ke Singapura sempena ulangtahunnya yang ke-20.
Band Indonesia yang popular dengan lagu Cinta Ini Membunuhku, Merindukanmu, Sudahi Perih Ini dan banyak lagi akan membuat konsert pada 6 Julai, 8 malam.
Di mana lagi kalau bukan panggung yang sinonim dengan masyarakat Melayu iaitu Star Theatre!
Menurut siaran pihak penganjur, Nusantaiment, konsert yang diberi judul ‘20AD TO THE WORLD’ ini akan menampilkan Kugiran Masdo sebagai persembahan pembukaan.
D’Masiv dianggotai Rai Dinata, Rama, Wahyu Piaji, Dwikky Aditya Marsall dan Rian Ekky Pradipta.
Sebelum ke Singapura, mereka akan membuat persembahan di Kuala Lumpur selama 2 malam, pada 2 dan 3 Jun di Zepp KL.
Tiket boleh dibeli di lelaman sg.bookmyshow.com mulai 19 Mei, 10 pagi kelak.
beli tiket anda sekarang
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Twitter Nusantaiment)