Air Force The Movie: Selagi Bernyawa seakan Top Gun, lebih gempak daripada Ah Boys 2 Men

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam Min ke pawagam untuk saksikan filem terbaru dibintangi Adi Putra bertajuk Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, dengan harapan untuk menonton Scha Alyahya.

Namun harapan hancur sebab watak ‘Liyana’ muncul kurang dari 10 minit kot?

Walau bagaimanapun, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini memang wajib ditonton anak Melayu Singapura yang ingin menjadi seorang juruterbang di RSAF (Republic of Singapore Air Force). Eh?

.

Tak macam Ah Boys To Men

Tema filem ini yang ada kaitan dengan franchise filem popular setempat berjudul Ah Boys To Men tak seiras filem arahan Jack Neo pun.

Malah, ia bercanggah dengan setiap unsur filem hambar Singapura itu.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mempunyai watak-watak berbilang bangsa dan ia tidak kelihatan seperti tokenism. Watak-watak minoriti tidak diperbuat bahan jenaka, malah terdapat lebih daripada satu watak minoriti!

Selain itu, filem ini bukanlah tentang perjalanan jejaka ini menjadi wira di udara. Mereka sebenarnya sedang menjalankan misi di Namburi (negara bedek) yang sedang berperang saudara.

Seakan Top Gun?

Dah katanya filem pasal Angkatan Udara Diraja Malaysia, mestilah ada unsur-unsur yang sama macam Top Gun, kan?

Kumpulan PASKAU (bukan PASKAL tau!) yang ingin pulang ke Malaysia setelah misi mereka di Namburi diserang. Oleh kerana itu, huru-hara dibuatnya di pangkalan udara KL kerana ingin membawa pulang mereka yang terperangkap di sana.

.

Memang bohong lah kalau I cakap mutu filem ni sama dengan Top Gun. Kesan visual Air Force ni kurang mantap, tapi tetap meyakinkan. Boleh nampak lah bom atau api tu kesan visual je but ok lah!

Jalan cerita menarik

Apa yang akan membuat penonton tersangkut pada filem ini adalah jalan cerita ini yang membuat penonton ingin tahu akan kesudahannya.

Secara perlahan, penonton dapat tahu sedikit tentang watak-watak dalam filem ini, berharap bahawa mereka akan tetap bernyawa hingga diselamatkan.

Persoalannya, dapatkah mereka terus hidup dalam gejolak perang saudara di negara asing itu?

Filem ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Carmen Soo, Jack Tan, Sangeeta Krishnasamy, Nas-t, Johan As’ari, Niezam Zaidi, Aqasha, Esma Daniel, Pablo Amirul, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Natijahnya, ia sebuah filem yang penuh unsur patriotisme buat warga Malaysia. Maklumlah, Hari Kemerdekaan mereka bakal disambut, kan?

Kalau korang nak tengok filem penuh aksi, suspen, perang-perang, masculinity dan lain-lain sewaktu dengannya, tengok cerita ni!

Kalaulah Melayu Singapura juga akan terasa terdorong menjadi juruterbang untuk RSAF. Mungkin ini satu sebab mengapa panggung agak lengang ye…

Anda boleh saksikan filem ini di Cathay Cineplexes.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s