Sezairi tembus pasaran Indonesia

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penyanyi asal Singapura, Sezairi Sezali, kini di Jakarta untuk beberapa persembahan.

Sebelum ini Sezairi menghantarkan tweet, menunjukkan wawancaranya bersama SEA Today News.

Menurut wawancara itu, Sezairi berada di negara jiran untuk mempromosikan album terbarunya berjudul ‘Violets Aren’t Blue’.

Anda boleh saksikan wawancara penuh di sini:

.

Di akhir wawancara, Sezairi berkata bahawa dirinya tidak boleh mendedahkan banyak sangat perkara mengenai tour yang dia inginkan.

Sezairi juga akan muncul di beberapa acara lain. Antaranya adalah ulang tahun RCTI+ ketiga.

Anda boleh saksikan Musicverse secara langsung di lelaman mereka di sini.

Rizky Febian, Ghea, Danar, Mirabeth, dan NTRL turut akan membuat penampilan.Rizky Febian, Sezairi, Ghea, Danar, Mirabeth, dan NTRL

Di TikTok, Sezairi juga mengongsi persembahannya di rancangan pagi di Trans TV.

@sadboysezzles

On Pagi Pagi Ambyar rn. Tune in to TransTv 🥹@TRANS TV

♬ original sound – SEZAIRI – SEZAIRI

Sesi wawancara Pagi Pagi Ambyar boleh ditonton di sini:

.

Sezairi akan mengadakan showcase Jumaat ini di Jakarta.

Ini merupakan showcase pertamanya di Jakarta berjudul ‘An Intimate Showcase with SONY MUSIC’. Ia akan berlangsung di Aloft South Jakarta.

Antara penyanyi Indonesia yang akan turut membuat persembahan adalah Fatin Shidqia Lubis, Mezzaluna, Yogie, Elma Dae, Raissa Ramadhani, Jesenn, Adul, Alfin Habib dan Aldwin Dinata.

Uolls yang ada kat Jakarta, pergilah sokong bakat Singapura ni!

Busy eh Sezairi? Gempak lah… Agak apa lagi showcase atau show yang dia buat kat sana, eh?

Nama penyanyi Singapore Idol 3 itu mula melonjak di Indonesia apabila lagu It’s You mula viral di TikTok. Lagu tersebut memasuki playlist ‘Viral 50 – Global‘ di Spotify. Sezairi juga merupakan penyanyi Singapura pertama mencecah 100 juta strim di wadah penstriman yang sama.

Kami amat bangga dengan pencapaian anak Singapura ini. Kami mendoakan yang terbaik dan sukses selalu. Semoga Sezairi dapat mencapai cita-citanya sebagai pemuzik.

So… jom lah dengar album terbaru Sezairi!

.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Twitter Sezairi, IG Sony Music Indonesia)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s