Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Penyanyi setempat, Sezairi Sezali, baru-baru ini mengongsi di media sosialnya bahawa lagunya berjudul ‘It’s You’ kini berada di carta ‘Viral 50 – Global’ atau ‘Tular 50 – Antarabangsa’ di wadah penstriman Spotify.
Single yang diterbitkan pada 2018 itu sebenarnya berada di tangga yang ke-48 sejauh ini.
Inilah keajaiban wadah TikTok di mana lagu-lagu yang bukan baru mempunyai potensi untuk meraih populariti dan juga mungkin tular!
Di TikTok saja, terdapat lebih 30,000 video yang menggunakan lagu pemenang Singapore Idol musim ke-3 ini sebagai lagu latar belakang bagi TikTok mereka.
Di YouTube pula, muzik video bagi lagu ini telah meraih hampir 4 juta tontonan.
Ramai peminat lagu ini merupakan warga Indonesia di mana mereka meluahkan penghargaan mereka atas terciptanya lagu ini di ruang komen Instagram serta YouTube Sezairi Sezali.
Carta Viral 50 – Global itu juga menampilkan penyanyi antarabangsa terkemuka seperti Olivia Rodrigo, kumpulan K-pop yang bakal menyibukkan McDonald’s esok – BTS, Bella Poarch dan ramai lagi.
Tahniah, Sezairi! Semoga berkekalan di carta Viral 50 – Global Spotify ya! Amin.
Apa tunggu lagi? Stream It’s You on repeat sekarang!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: YouTube dan Twitter Sezairi)
[…] Syakirah atas pelancaran albumnya! Letak kat TikTok pls mana tau tular macam Sezairi […]
LikeLike
[…] Sebelum ini, lagu It’s You pernah menduduki carta Spotify Viral 50. […]
LikeLike
[…] penyanyi Singapore Idol 3 itu mula melonjak di Indonesia apabila lagu It’s You mula viral di TikTok. Lagu tersebut memasuki playlist ‘Viral 50 – Global‘ di […]
LikeLike